Wednesday, June 24, 2009

Rekod-rekod yang perlu ada di Taska

Apabila Taska telah diluluskan, maka Taska perlu mengikuti segala peruntukan yang telah disediakan. Antaranya ialah Akta Taska 1984, Peraturan Taska (Institusi) 1985, Peraturan 7. Ini adalah penting kerana dalam Peraturan 7, Penyelia perlu menyelenggarakan dan menyimpan rekod-rekod Taska, antaranya seperti:
· Rekod pekerja
· Rekod Kanak-kanak
· Rekod Pengurusan Taska.
Rekod pekerja mengandungi:
o Rekod peribadi
o Rekod kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Perlantikan/gaji/Intensif
o Rekod Cuti
o Rekod Latihan

Rekod Kanak-kanak
Kedatangan kanak-kanak perlu direkod setiap hari. Penyelia dan pengasuh dapat mengetahui dan memastikan bilangan kehadiran kanak-kanak dan sebab-sebab ketidakhadiran. Mereka juga dapat merancang jadual dan tugas pekerja dan memasti serta menjamin kegiatan taska berjalan dengan licin serta bilangan pekerja mencukupi dengan bilangan kanak-kanak.
Pengasuh-pengasuh perlu mengetahui latar belakang kanak-kanak dibawah asuhannya, siapa yang bertanggung jawab menghantar dan mengambil kanak-kanak dan menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut. Pengasuh juga perlu mengetahui siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.
o Rekod Peribadi
o Rekod Kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Kemajuan/Perkembangan
o Rekod Hasil Kerja
Rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak adalah perlu bagi mengikuti perkembangan menyeluruh kanak-kanak tersebut. Penyelia juga dapat merancang kegiatan menyeluruh kanak-kanak seterusnya. Bagi pengasuh pula dapat mengetahui maklumat jasmani kanak-kanak seperti tinggi, berat dan sebagainya. Selain corak pemakanan serta pemilihan makanan yang sesuai, pengasuh juga dapat melihat tahap pencapaian kanak-kanak mengikut peringkat umur, kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Setiap aktiviti member input yang baik kepada kanak-kanak.
Rekod Pengurusan Taska
o Inventory barang-barang mengikut setiap bilik
o Rekod Kewangan
o Rekod Aktiviti Harian
o Rekod Menu
o Rekod Penglibatan Ibubapa
o Rekod Latihan Kebakaran
o Buku Pelawat
o Buku Pegawai Berkuasa
o Peraturan Taska
o Buku Perancangan Tahunan/bulanan/mingguan.
Dengan rekod-rekod yang lengkap dan terperinci pengusaha taska akan dapat merancang dan menguruskan taska secara professional. Penyelia juga dapat merancang aktiviti tahunan, bulanan dan mingguan secara lebih terperinci. Aktiviti dan latihan untuk pekerja juga dapat dirancang dengan baik. Begitu juga sekiranya berlaku masalah dan kecemasan penyelia dapat menghubungi pihak-pihak yang berkenaan
.
Rekod-rekod ini mesti disimpan dengan baik kerana rekod-rekod ini akan diperiksa oleh Ketua Pengarah JKM atau pegawai yang diberi kuasa pada masa yang munasabah.

3 comments:

Anonymous said...

salamss..saya just nak confirmkan..sebenarnya ada panduan atau peraturan menyatakan yg pengasuh taska especially babies wajib berbaju kurung sepanjang waktu kerja?Sbb saya rasa..kalau pengasuh baby ni berpakaian mcm agak terhad pergerakan terutamannya masa memandikan baby..Saya ada tanya pada pemilik taska tempat anak saya ni..tapi dia tak jawab..kalau takdak peraturan mcm tu..pada pendapat saya..better pengasuh2 ni diberi kelonggaran berpakaian biasa(track bottom/seluar and t shirt) yang mana tidak menghadkan pergerakan diorg..rimas saya tgk diorg buat keje bila berbaju kurung je..bukan nak kata tak cantek..cuma tak maksimum lah pergerakan diorg..

akubarutahu said...

Salam, Sememangnya tiada peraturan tertentu untuk pakaian ditaska, cuma pastinya mesti kemas dan bersih. Saya bersetuju dengan pendapat puan/tuan. Selain dari pergerakan terbatas, dari segi pergerakan fizikal,kanak-kanak juga tidak dapat melihat dengan tepat pergerakan guru-guru mereka untuk ditiru. Sebenarnya ini juga satu pembelajaran. Guru-guru harus waspada, pergerakan anda memang diperhatikan, salahlaku kamu akan ditiru oleh kanak-kanak.

cikgu nur said...

salam...kebanyakan taska melayu mmg pengasuh pakai baju kurung..tp betul, pergerakan terbatas, mcmana nk buat aktvt dgn knk2, nk kejar diaorg lg, mau tersungkur dibuatnya. taska sy ada uniform, tp wajib pakai seluar,kecuali yg mengandung la :)

Post a Comment