Wednesday, June 24, 2009

Taska dan Perundangannya.

Taska diertika sebagai premis yang mempunyai 4 orang kanak-kanak dibawah umur 4 tahun atau lebih dari isi rumah diterima masuk untuk dijaga dan dibayar upah. Maknanya nenek-nenek yang menjaga cucu-cucunya, saja suka-suka melebihi 4 orang kanak-kanak tidak dikira Taska. Tetapi nenek boleh jadi usahawan, jika menjaga anak kepada anak-anaknya, dan dibayar upah boleh buka Taska. Mula dengan cucu sendiri dulu, kemudian buka untuk anak-anak jiran. Manalah tahu, boleh dapat hasil yang lumayan, insya Allah. Kan sekarang nak ambil pembantu rumah dah susah. Sekurang-kurangnya dapat juga kita membantu orang lain, sambil bantu diri sendiri. Bila dah ramai melebihi 9 orang kanak-kanak bolehlah berfikir untuk mendaftarkan diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk mendapatkan lesen. Macam mana? Bacalah seterusnya.
Didalam Akta dan peraturan TASKA, yang dipanggil TASKA dirumah ialah yang mempunyai kanak-kanak kurang dari 10 orang dan mengikut Seksyen 5 (a), ia perlu dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Manakala yang melebihi dari 10 orang kanak-kanak, mengikut seksyen 5 (b) wajib berdaftar dengan JKM. Dalam seksyen 6 (1), adalah berkenaan tiada boleh menjalankan TASKA tanpa daftar dan seksyen 6(2), orang yang melanggar seksyen (1) adalah satu kesalahan.
Seksyen 7 (1) ialah berkenaan permohonan pendaftaran Taska kepada Ketua Pengarah JKMM. Seksyen 7(2) Ketua Pengarah boleh mendaftar atau engan mendaftarkan sesuatu permohonan Taska. Manakala seksyen 7 (3), Ketua Pengararah JKMM boleh atau enggan mendaftarkan sesebuah Taska.
Seksyen 8 adalah berkenaan Terma-terma dan Syarat-syarat Pendaftaran. Seksyen 8(a) berkenaan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk. Seksyen 8(b) berkenaan pekerja mestilah yang layak dan sesuai. Manakala seksyen 8(c) berkenaan kakitangan yang berkelayankan dan berpengalaman dan seksyen 8(d) adalah berkenaan Taska hendaklah dilengkapi dan disenggarakan dengan secukupnya dan sesuai. Jadual aktiviti harian dan menu yang bersesuaian terkandung dalam seksyan 8(e). Seksyen 8(f) berkenaan pematuhan syarat-syarat struktur bangunan pencegahan api, kesihatan dan keselamatan. Seksyen 8(g) pula adalah lain-lain syarat yang diadakah oleh Ketua Pengarah JKMM.
Pembatalan pendaftaran adalah dalam seksyen 12. Dalam seksyen 12(a) adalah berkenaan pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan. Seksyen 12(b) berkenaan kegagalan memberitahu apa-apa perubahan selain yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran. Jika pemohon disabitkan dengan apa-apa kesalahan keburukan akhlak terkandung dalam syeksen 12(c). Syeksen 12(d) menceritakan berkenaan Taska yang tidak menjalankan aktiviti lagi atau tidak ujud atau tiada.

No comments:

Post a Comment