Wednesday, June 24, 2009

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak

Apa(what) itu perkembangan menyeluruh?
Perkembangan menyeluruh adalah perubahan yang dapat dilihat dengan jelas dalam proses bayi dan kanak-kanak membesar meliputi 4 aspek utama, iaitu perkembangan fizikal, perkembangan bahasa, perkembangan kognitif dan perkembangan sosio-emosi.
Perkembangan fizikal – perkembangan tubuh badan dari kepala hingga kekaki. Ia merupakan perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
Perkembangan bahasa – perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindakbalas kepada stimuli.
Perkembangan kognitif – keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.
Perkembangan Sosio-emosi – keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Setiap kanak akan mengalami perasaan ego –centrism, dimana ia menganggap dunia ini apa yang ada disekelilingnya. Dia memerhati keadaan sekeliling dan cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan bersama keluarga, budaya dan cuba memahami kehendak persekitarannya.


Untuk apa (why) mengetahui perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
1. Dengan mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak , maka senanglah ibu bapa atau pengasuh mengenal pasti kedudukan atau kebolehan kanak-kanak. Dengan ini dapat mengelakkan mereka mengharap lebih dari apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.
2. Mengenali bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. Ibu bapa dan pengasuh hendaklah menyesuaikan aktiviti dan rangsangan mengikut ciri dan dan kebolehan kanak-kanak itu.
3. Ibu bapa dan pengasuh boleh merancang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak juga aktiviti yang akan membawa kanak-kanak ke peringkat atau tahap seterusnya.
4. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah merangkumi keempat-empat perkembangan.

Bagaimana (how) menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak ini.
Samaada di rumah atau di Taska, adalah digalakkan melakukan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak ini. Apakah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan?. Contoh; kanak-kanak yang baru dilahirkan hingga 1 bulan pertama. Kebolehannya ialah;
ü Tidur sepanjang masa
ü Kepala tidak boleh tegak sepanjang masa
ü Terkejut, bergolek dan menggerakkan tangan kesemua arah
ü Jari menggenggam rapat
ü Kepala menoleh kearah yang menyentuh pipi dan mulut.
Aktiviti yang dicadangkan ialah:
Ø Tepuk tangan, petik jari di telinga
Ø Bunyi loceng, kelentong
Ø Berikan bayi menggenggam jari kita atau letakkan kelentong di atas tangan bayi
Ø Tepuk pipinya perlahan-lahan
Ø Berikan susu ibu.
Sebelum membuat sesuatu aktiviti bersama-sama kanak-kanak, pastikan dahulu anda tahu apa yang telah kanak-kanak iatu ketahui. Sekiranya aktiviti yang hendak dilakukan itu telah diketahui, berkemnungkinan kanak-kanak itu akan merasa bosan dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya dan akan menggagalkan objektif anda.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment