Konsep merupakan idea asas yang diperlukan dalam pemikiran logik. Rangsangan yang menarik perhatian selalunya ditentukan jenisnya menurut pengalaman yang sedia ada. Penyusunan benda atau idea yang sama akan membawa kepada pembentukan konsep dan kefahaman.
Bagi kanak-kanak membentuk konsep biasanya melalui permainan dan pengalamannya. Kanak mengenali konsep masa dengan apa yang berlaku dipersekitarannya.
Beri peluang kanak-kanak ini bermain dan memikirkan apa yang boleh dibuatnya. Biar mereka mencuba apa-apa bahan yang di jumpai untuk memastikan benda-benda itu bergerak.
Kemahiran berfikir dan berbicara adalah sungguh mustahak kerana ia menyumbang kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempelajari lebih melalui aktiviti yang melibatkan pemikiran dan penyelesaian masalah.
Ibu bapa atau orang dewasa dapat menyokong perkembangan kognitif pada kanak-kanak dengan memahami kebolehan dan kesediaan seseorang kanak-kanak itu dan dengan memberi rangsangan yang berpatutan.
1 comment:
salam...izinkan saya copy artikel. banyak maklumat yang berguna.
Post a Comment