Friday, April 28, 2017

PERGERAKAN KREATIF DAN MUZIK

Pendekatan pergerakan kreatif dan muzik 

Aktiviti ini dapat dimanfaatkan kerana ketika aktiviti pergerakan dan muzik dilakukan banyak kemahiran perkembangan berlaku, antaranya:
1.      Penyertaan dalam kumpulan
2.      Kemahiran social
3.      Kemahiran mengekspres emosi
4.      Kemahiran meningkatkan konsep kendiri
5.      Kemahiran berkongsi muzik dan tarian antara budaya
6.      Kemahiran merubah perasaan dalam tempo ketika mendengar secara perincikan (Fokus)
7.      Kemahiran kesedaran pergerakan dan meletakan badan
8.      Kemahiran kreativiti dan imaginasi
9.      Belajar perkataan baru dan konsep
10.  Menemui konsep meneroka dalam sebab dan akibat
11.  Membina kemahiran motor kasar
12.  Dapat kemahiran dalam mengimbangi, koodinasi, dan irama melalui tarian serta aktiviti pergerakan
13.  Meningkatkan kemahiran motor halus terutama dalam pembelajaran bermain jari dan bermain alat muzik yang kecil
       Pendekatan ini juga memang sesuai juga untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kesibukan harian akan membuatkan seseorang merasa tertekan dan banyak kemahiran-kemahiran diluar bidang kerjayanya hampir terlupa. Oleh itu sememangnya aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang itu,
      Kepada para pendidik awal kanak-kanak juga seharusnya mengambil peluang ini menerapkan aktiviti pembelajaran mengikut perkembangan yang dikehendaki melalui pendekatan keratif dan muzik. Masukkan elemen-elemen matematik ketika membuat pergerakan. Melalui pancaindera, pendidik boleh membuat aktiviti-aktiviti memain muzik sambal menghasilkan bunyi, tinggi rendah, kuat dan perlahan dan diikuti dengan aktiviti pergerakan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali dan meluahkan perasaan gembira, takut, sedih, cemas dan sebagainya.
Kenapa seawal usia
Kanak-kanak kecil sememangnya suka muzik! Ia berlaku secara semulajadi. Sama ada muzik tersebut berentak lembut dan menenangkan atau lagu yang meriah, kanak-kanak secara semula jadi akan menggoyangkan badannya dan berasa gembira. Ketika ini berlaku kedua-dua perkembangan iaitu perkembanganfizikal dan emosi. Ini adalah kerana seawal usia kanak-kanak, mereka belajar untuk melakukan perkara-perkara yang baru dengan anggota badan mereka.


Melalui pergerakan kanak-kanak kecil belajar menyampaikan mesej dan mewakili tindakan, sebagai contoh: mereka mampu membuat aksi berenang, umpama mengacau menggunakan sudu, menyanyi dan sebagainya yang kadang-kala tidak terfikir oleh kita akan mesej yang mereka samapaikan. Ini menunjukkan mereka berfikir menggunakan badan-badan mereka sebelum mereka berfikir secara lisan.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi menerusi pendekatan pergerakan kreatif dan muzik, seperti dapat meningkatkan kesedaran diri, harga diri serta autonomi peribadi. Keadaan ini membawa kepada keyakinan diri dan dapat menghubungkan  antara fikiran, perasasan diikuti dengan pemilihan tindakan dalam kehidupan seharian.

Renung-renungkan lah.....                                                                                                                                                                                                                                                                                 #IMove2Learn
#ILearn2Share
#IShare2Inspire

Friday, September 9, 2016

KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Lihatlah anak-anak sekarang kurang pergerakan berbanding anak-anak kelahiran tahun 80an. Begitu juga bandingkan pergerakan kanak-kanak 75 - 80an berbeza dengan kanak-kanak kelahiran tahun 50 - 60an.

Persekitaran mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Kasihan kanak-kanak sekarang.....

Pergerakan mempengaruhi kehidupan harian.

Salah satu cara memberi pendedahan pergerakan kepada kanak-kanak ini adalah dalam Pergerakan Kreatif.

Pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.

Memegang dan menggunakan talipon serta komputer, hanya menggunakan motor halus. Berjalan naik kenderaan selesa, tidak perlu mengayuh basikal. Kayuh basikal hanya jadi aktiviti riadah sahaja.

Pergerakan dalam proses tanam menanam juga hampir tiada lagi. Semua telah tersedia.

Pergerakan masak memasak juga hampir hilang, semua beli. Nanti tiada lagi teknik memegang senduk dan cara-cara menggunakan pergerakan untuk menyeduk.

Ini hanya sebahagian, fikir-fikirkan yang lain-lainnya.

Pergerakan kreatif banyak terdapat dalam pergerakan riadah. Jadi rajin-rajin lah beriadah.
Didik anak-anak kita berkreatif dalam pergerakan harian.




Antara aktiviti yang patut digalakan untuk kanak-kanak kecil ini. Ok, nanti saya nak sambung lagi dilain hari.



Saturday, October 25, 2014

Pekerjaan yang mulia - Part 1

Anak-anak umpama kain putih. Siapakah yang akan membentuknya untuk menjadi manusia marjusi, nesrani atau manusia berguna seperti orang Islam yang baik????......
Ibubapa zaman masa kini terpaksa keluar rumah untuk memcari rezki, sama ada dia seorang professional atau biasa-biasa saja. Anak-anak terpaksa ditinggalkan…..
Sepeninggalan ibubapa ini, siapakah yang akan menjaga anak-anak ini? Terutama kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Siapakan yang menguruskan kanak-kanak ini?
Mahu tak mahu, ibubapa terpaksa meninggalkan kanak-kanak ini dibawah jagaan orang-orang yang dipercayai, antaranya, datuk nenek kanak-kanak tersebut, jiran tetangga atau bibik-bibik dari negara jiran. Dibawah jagaan datuk nenek, mungkin ibubapa boleh rasa selesa mempercayai keselamatan anak-anaknya. Bagaimana dengan yang lain-lain? Adakah anak-anak ini diurus dengan baik? Adakah anak-anak kita selesa dan gembira atau adakah anak-anak kita ketakutan dirumah semasa kita tiada? Bagaimana emosi anak-anak itu?
Kepada yang menghantar anak-anak kerumah nenek dan datuk, mungkin merasa selesa akan keselamatan anak-anak mereka. Tidakkah terfikir oleh ibubapa kanak-kanak ini bahawa nenek dan datuk juga mungkin mempunyai agenda sendiri seperti untuk merehatkan diri setalah bertahun-tahun membesarkan anak-anak sehingga mereka Berjaya? Atau nenek dan datuk ingin memperbaiki hubungannya dengan yang kuasa?
Memikirkan keadaan ini, apakah pilihan yang ada????


                                                                T A S K A  & P U S A T  J A G A AN


Wednesday, December 25, 2013

Pendekatan Projek???

Tema, unit dan projek
Ketiga-tiga topik diatas penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Topik diatas ada kaitan antara satu sama lain. Diusia ini kanak-kanak rajin bertanya, oleh yang demikian gunakan peluang ini untuk memasukan pembelajaran dan pengajaran kepada mereka. Semasa kanak-kanak bertanya soalan, bimbing mereka untuk menyiasat atau mendalami apa yang dicari dan mendapat jawapan terbaik.
Projek lebih menekankan fenomena sebenar untuk kanak-kanak mengkaji,  berbanding mengetahui dengan membaca dari buku. Pendekatan projek lebih menekankan banyak persoalan dari kanak-kanak; bagaimana pekara itu berlaku?, apakah yang menyebabkan sesuatu itu berlaku?, apa yang manusia telah lakukan? Apakah peralatan yang diperlukan?, apa yang berlaku disebalik sesuatu kejadian?.. dan bebagai persoalan akan timbul dari kanak-kanak ini.
 

Aktiviti-aktiviti kerja projek
Aktiviti projek dalam dunia kanak-kanak dapat memberi pengalaman baru dan kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran yang ada pada mereka dan dapat mempelajari pengalaman baru. Kegiatan ini dapat memberi dorongan semula jadi kepada kanak-kanak untuk menyiasat dunia sekeliling mereka.
Ia bergantung kepada umur dan skil kanak-kanak. Antara aktiviti yang berpadanan dengan kanak-kanak ialah melukis, menulis, membaca, merekod pemerhatian, bertanya soalan kepada mereka-mereka yang berkenaan atau yang mahir akan projek apa yang akan mereka lakukan.
 


Segala maklumat yang didapati akan dikumpulkan dan di analisa serta diringkaskan. Kemudian maklumat ini dibentangkan dalam bentuk graf mudah, carta, diagram, lukisan, gambar lakaran, pembinaan model,dan report. Hasil ini  akan dipamerkan kepada ibu bapa, adik beradik, guru dan sesiapa sahaja yang berminat. Antara hasil projek yang baik kalau dapat dipamerkan secara langsung atau lakonan dimana kanak-kanak dapat meluahkan sendiri pengetahuan baru yang didapati dan penggunaan perkataan-perkataan baru,

Thursday, June 14, 2012

Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran


Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
 Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.
 Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian  masalah (Problem-based Learning)
 Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik.
 Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik “brainstorming”, “Mind Mapping, simulasi, permaianan dan lakonan.
 Teknik “Brainstorming” satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik “brainstorming” ini, membolehkan kita menggunakan “mind mapping” untuk menyusun idea-idea tadi dan menghubungkaitkannya.
 Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
 Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.
 Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
             Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:-
1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

Ini adalah pandangan saya sahaja, terpulanglah kepada individu untuk setuju ataupun tidak.

Thursday, March 1, 2012

Hujan emas di negeri orang….

Pertama kali kaki ku menjejak di lapangan terbang antarabangsa, Perth, Australia, tanpa melihat jam tangan, terasa dingin dan terang. Sibuk melihat telatah orang ramai dan staff immigration, kebanyakannya perempuan yg gagah2, asyik, emmm….
Melepasi pintu keluar, Nampak Ika, aku terlalu gembira berpelukan dan bertanya jam berapa ya. Ika mengatakan baru jam 6.30am. ku belek jam tangan, biar betul???. Terang seperti jam 8.00am, ooohhh Ok. Ika mengatakan sekarang musim panas, hari cepat siang,… ok tapi dingin.
Sepanjang perjalanan ke rumah Ika, jalan sangat lengan dan terang. Orang masih tidur barangkali… Sampai dirumah lebih kurang jam 7.15 am, cuaca tenang, terang dan dingin. Rumahnya sederhana, tapi mata mula mengantuk kerana kerana tidak lena tidur didalam kapal terbang.
Jam 11.00am kami bersiap untuk ke Curtin University, Ika perlu mengambil ‘regalia’nya dan urusan-urusan graduasi nya. Sepanjang perjalanannya sangat tenang. Jalanraya begitu tenang, dan ditambah dengan cuaca panas yang berangin. Sampai di Curtin University, pelik pula kerana selain dari bendera Western Australia, berkibar bendera Malaysia. Emmmm, bendera Negara aku, berkibar disini??? Pelik gak… Ohhh, rupa-rupanya, isteri PM dapat anugerah doctor, pada hari dan masa yg sama dengan Ika…emmmmm.
Selama 8 hari berada disini, selain dari naik kereta, kami menaiki bus dan train untuk berjalan disini. Penduduk disini terlalu relaks dan bersantai. Dimana-mana orang duduk berkelah, sebab tu la agaknya kedai makan tak ramai orang kot, ramai yang makan dimana-mana ditempat lapang. Mungkin cuaca panas, dingin dan berangin, tak perlu aircondition pun.
Setahu aku, negara kita dikatakan rakyat yang bersopan santun. Aku barutahu, disini lebih bersopan santun. Mana tidaknya, semua penumpang yang turun bus akan mengucapkan” TQ” kepada pemandu bus. Dimana-mana aku dengar perkataan TQ. Bas dating tepat pada masa yang tercatit. Penunggang motor tidak memotong terutama di trafik light. Mereka berbaris ikut barisan. Mat dan Minah saleh tu pun akan senyum bila aku pandang mereka. Aku tak dengar pun mereka marah-marahkan anak mereka dikhlayak ramai. Bilik air, walaupun tidak menggunakan air seperti kita, tidak berbau busuk langsung.!!! Emmmmm…. Hidup disini seolah-olahnya semuanya tenang. Apakah mungkin kerana negeranya rata dan lurus sahaja, tidak seperti kita yang penuh dengan gunung ganang, bukit bukau, hutan belantara membuat kita belajar menjadi begitu???

Sekembalinya aku ketanah air, apa yang dapat ku rasakan ialah, aku juga jadi penyabar ketika memandu…. Hahahaha, eemmmm!!
Naik bas menuju ke city, Perth



Jalan-jalan cuci mata


Selepas menikmati chocolate

Suamiku dengan lukisan yang ditinggalkan untuk kenangan, gambar tangan ika... emm, not bad!
Sebentar lagi pasar malam akan bermula, jam 5 pm

Bersantai sambil menunggu pasar malam dibuka, agaknya la


Rumah sewa ika, laluan belakang


Pandangan hadapan, kawasan lapang dihadapan berkongsi

Back yard, aku suka!



Jauh berjalan luas pemandangan


Saturday, November 5, 2011

Hari konsert kanak-kanak tadika

Pada hujung-hujung hari persekolahan semestinya setiap pusat kanak-kanak akan berkumpul bersama-sama keluarga kanak-kanak bagi meraikan kejayaan anak-anak kita selepas setahun berlakunya pembelajaran untuk mereka samaada bagi persediaan menghadapi persekolahan sebenar atau peringkat pendedahan pembelajaran. Sama ada ia dipanggil hari konvokesyen, konsert, kreativiti atau apa-apa nama yang dirasa sesuai.

Pada peringkat umur ini kanak-kanak umpama span, meresapi apa yg dilihat dan didengar dan akan melemparkannya kembali dalam bentuk apa yg mereka faham.

Inilah yang dipanggil peringkat “Perkembangan awal kanak-kanak” Peringkat ini adalah peringkat yang penting dalam pembinaan sahsiah diri kanak-kanak tersebut. Sebenarnya dari sini kita boleh lihat, siapa anak kita itu bila ia dewasa nanti. Oleh itu asuhan yang tepat kena pada sasarannya akan memberi kesan kepada personality kanak-kanak tersebut.

Bermula dengan perkembangan sensori motor, menurut teori Piaget, beralih kepada perkembangan, praoperasi. Perkembangan Pra operasi, iaitu antara umur dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini kanak2 telah boleh menggunakan symbol mewakili objek, contohnya, kotak boleh dijadikan kereta. Mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti penyelesaian permasalahan. Ketika ini pemikiran mereka telah kurang dibatasi oleh keegoannya. Walaubagaimanapun mereka masih ditahap yg rendah, bermakna masih perlu bimbingan dari orang dewasa, tapi biarlah orang dewasa yang waras.

Disinilah perlunya pendidikan pra-formal ini ditanamkan kedalam diri kanak-kanak. Lebih ditekankan disini ialah pendidikan Pra-sekolah atau tadika atau tabika. Peringkat ini bertujuan memperkembangankan potensi kanak2 dari umur empat tahun hingga enam tahun, secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERI) melalui persekitaran pembelajaran yg selamat, menyuburkan serta aktiviti yg menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yg positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah khasnya dimasa hadapan, amnya.

Objektif hari kovokesyen, konsert atau hari kreativiti ini diadakan, adalah untuk ibubapa melihat potensi anak-kanak mereka, bukan dari segi seninya sahaja, tetapi kepada perkembangan menyeluruh anak-kanak tersebut. Kejayaan anak-kanak ini mempersembahkan persembahan mereka, menunjukkan kesepaduan antara kognitif / pemikiran mereka, motor halus dan kasar, imejinasi dan social serta emosi mereka.

Bagi pandangan saya, yang penting sekali ialah yang terakhir itu, iaitu emosi kanak-kanak tersebut. Sekiranya mereka riang, pembelajaran mudah disampaikan, dan sebaliknya. Emosi sangat memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Gembirakan lah mereka.

Pada saya kanak-kanak yang gembira akan dapat mencerminkan masa depan sesebuah negara, kerana, kanak-kanak hari ini adalah masyarakat masa hadapan negara kita yang tercinta. Berilah mereka kasih sayang yang sebenarnya kepada mereka.

Walaubagaimanapun janganlah lupa, mengucap jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengasuh-pengasuh, guru-guru yang telah memdidik dan membimbing, anak-anak kita. Ucaplah terima kasih juga kepada diri kita sendiri yang bersama-sama membesarkan anak-anak agar menjadi orang yang berguna.