Thursday, February 25, 2010

Dulu satu, kini dua

Ada kemajuan!!.

Bermula awal minggu ini, kedua-dua cucuku dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak tempat aku bekerja. Minggu depan, maknya dah nak masuk kerja semula, selepas habis cuti bersalin, masuk wad bersalin la semula…hehehe..

Buat minggu ni, dalam proses trial, aku bawa seorang, maknya hantar seorang. Suamiku tidak membenarkan aku memandu dengan dua orang kanak-kanak kecil dalam kereta. Walaupun aku biasa memandu membawa lebih dari 5 orang kanak- kanak, tapi kali ini dia tak benarkan. Isk, isk,isk, bukan kerana cucu dia, tapi kerana kanak-kanak ni dibawah umur… hehehe. Kedua-duanya masih bayi. Umurnya seorang tu dah setahun dua bulan dan adiknya baru berumur dua bulan. Suamiku bukan bimbangkan cucu-cucu merangam, dia risau neneknya yang perutnya selalu meragam. Masaalah!!!. Ish, ish, ish!!! Terpaksalah cari bibik, buat peneman.

Disini ku petik dari laman sesawang Panducermat berkenaan keselamatan pemanduan membawa kanak-kanak dalam kereta.

Keselamatan Dalam Kereta

1. Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

2. Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.

3. Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

4. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

6. Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.

7. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.

8. Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

Tuesday, February 2, 2010

Selepas sebulan tahun 2010

Sebulan telah berlalu untuk tahun 2010. 2010, haha! Sepuluh tahun telah berlalu bagi abad 21 ini. Apa yang telah kita lakukan?Membangunkan atau memusnahkan…..bumi? anak-anak? iman? masa depan? Berbagai lagi.




Sebagai seorang ibu, (ya, telah 27 tahun aku menjadi seorang ibu) sebenarnya mendidik anak-anak ini antara senang dan susah. Kekadang aku juga tidak pasti, betul atau tidak cara aku mendidik, mereka menjadi begitu mungkin kehendak azali, yang telah diaturkan oleh NYA, atau betul cara yang aku guna aku mendidik anak-anakku?

Berbagai teori dalam pendidikan kanak-kanak ini. Banyak buku-buku yang menunjuk ajar bagaimana untuk mendapat anak-anak cemerlang. Dalam pembelajaran ECE, banyak nama-nama pakar dengan teori-teori mereka. Tapi malangnya teori- teori ini kepunyaan bukan muslim dan entahlah.. sesuai ke tak dengan kita ni…Kini, pun telah banyak university dan kolej megadakan kursus pendidikan awal kanak-kanak (ECE).

Cuba perhatikan keadaan masyarakat sekarang, keselamatan kanak-kanak makin kendur. Makin ramai cendikawan ECE makin banyak berlaku kes-kes moral yang membimbangkan. Buka tu je, keselamatan nak keluar rumah juga tak pasti. Mereka keluar ke sekolah, bermaian dan sebagainya, nanti mereka balik tak? Kalau balik, elok tak fizikalnya, takut dibuatnya. Dimana silapnya…….. Hidup mesti diteruskan