Wednesday, January 28, 2009

bermula kembali...


Setelah penat bercuti, (hehehe, jalan jauh, cuti2 M,sia)hari ini kembali kepada rutin biasa. Alamak! Ari ni kesiangan, terlajak bangun, celik mata, nampak jam dah 6.23am. Apalagi…kelamkabut le. Nak siapkan diri, nak packing barang2 yg nak dibawa, kalau tinggal…. Kecoh you!. Sebagai cikgu tadika dan taska, aku terpaksa menyiapkan segala persiapan, baik makanan, pembelajaran ataupun pengurusan. Semua dah disiapkan semalam, badan penat tak dapat nak dibereskan semuanya.





Salah seorang guruku telah lebih seminggu MC, aku terpaksa cover, (emm!..tambah workload lagi). Nasib baik student tak ramai ari ni, tapi, di Taska, abang2 dan kakak2 ramai, maklumlah sekolah cuti, teruk juga la, Semuanye bejalan dengan baik tapi penatla juga.
Sebelum maghrib sempat sampai, alamak, tak de kunci umah lak, dail keumah tak leh, sim card inactive. Aduhai, kene hon, satu taman tau aku dah balik.
Selesai satu keja, ada lagi yg tunggu, assingment tak siap lagi, nak cari bahan pasal topik Skinner dan tikusnya, pembelajaran dan pengajaran. Dapat sikit cukup dulu, masuk lak kat U nye sesawang, forum kejap. Dah letih, teringat blog, maklum la baru belajar semalam, tak sabar nak tambah. Inilah hasilnya. Cukuplah untuk ari ni.

Tuesday, January 27, 2009

Aku baru tahu

Hai, seronoknya hari ini. Selepas 51 tahun... aku baru tahu buat blog, he he he. Aku selalu bercerita hal2 semasa dengan anak2, kadang2 mereka pun busy dengan hal2 mereka, so, mereka cadangkan supaya aku tulis blog. Malangnya aku kurang ambil perhatian.
Tapi selepas membaca blog kakakku, aku terpanggil...

Hari ini, aku lapangkan masa dan memanggil ika, anak keduaku yang memang menunggu untuk mengajar ku blogging... akhirnya berjaya, walaupun simple, tak pe, bermula dengan yg mudah dulu. Kini, aku baru tau!