Sunday, March 29, 2009

My son, Zaim


Zaim, Zaim, Zaim, 19 tahun lalu, hari pertama Ramadhan, petang sebelum bebuka, ekau keluar kat bumi ni. Ekau pilih aku jadi ibu mu. 28hb March, 2009 dah 19 tahun. Happy Birthday, dah remaja anak mak.






Hari ini kak Ina belanja dinner kat Nelayan. Seronoknya Zaim, seafood memang kegemarannya. Anak bapak. Hai anakku, ada potensi untuk join club gout macam papa, he he he! Apa nak buat, tahun ni sambut birtday dua beradik je, nasib baik ada abang ipar, ngan anak buah, tolong ramaikan.



Mak tolong! Kak ina tarik rambut... tu la degil! ha!, dah kakak tarik rambut. Malas lagi belajar...


Bawa kereta biar bersopan, nak kejar apa? Kalau rasa dah puas pegang stering tu, jadi penumpang je, tak payah bawak giler giler. nanti papa yang kena saman.

Tengoklah belakang tu, ada kakak dan adik, gambar ni ambil masa antar Ika kat airport. Ika gi Australia, Edah duduk asrama, Ina dah ada keluarga sendiri, sapa nak jaga papa dan mama? Tu la Zaim tak nak duk kat kolej. Kesian papa dan mama, tak de orang nak gaduh dengan diorang! hu hu hu....
Itu kata Zaim.


Anak lelaki, bila dah besar, inilah kegilaannya. Walau apa pun, wahai anakku, kecemerlangan akedemik itu penting, tapi ia bukan satu tiket untuk hidup senang. Ia mesti disertai dengan kemahiran hidup. Fikir-fikirlah. Tapi yang penting, belajarlah, supaya menjadi orang yang berilmu.

Thursday, March 26, 2009

Teringat kembali

Salam, lama dah tak up date, sibuk dengan assignment, dah antar baru senang hati.
Hari ini seperti pagi-pagi biasa, aku menunggu Jeeha sampai, baru kami bertolak ke Putra Perdana, dimana letaknya tadika tempat aku bekerja. Dengan menggunakan jalan Kajang, aku masuk highway Silk, dan terus ambil highway ke Putra Jaya.
Sejak cuti sekolah hingga kini dipersimpangan Bangi tak jem!! tapi kereta banyak. Selalu jalan ni sampai persimpangan Putrajaya, jem giler. Sampai depan KLUIC, teringat Zaim yang sedang cuti sakan. Apa dia buat kat umah, mesti tidur lagi.
Dalam pemanduan dengan kelajuan antara 90-110km/hr, sampai persimpangan Hospital Serdang, tiba-tiba ari ni hati ku terasa sayu... teringat aku akan kakak ku Ati. Selalu bila sampai kat kawasan ini mata ku tercari-cari bas rapid yang biasa dinaikinya. Bila ternampak biasanya aku akan talipon dia bertanya khabar. Tapi sejak minggu lalu, game tu dah tak boleh main lagi. Ialah baru ingat, Ati dah pindah, jalan tak jem lagi, lah.... Dia dah pindah ke IMR.
Kesian dia, dari tempat besar pindah kat tempat kecil, memang lah sakit, apa sebanarnya kan? Duduk kat makmal pulak tu. Kesian dia!!
Dari ceritanya, aku teringat akan kisah ku, selama 27 tahun aku ditempatkan dalam makmal, not bad... aku menyukainya. Macam dalam cerita CSI tu, he he he......

Ini lah aku. Gambar ini diambil dari buku yang dikeluarkan oleh LGM sempena 75th anniversary, bertajuk Milestones in rubber research. Gambar ini diambil sekitar tahun 2000. Dah dekat 10 tahun.
Kerja yang sedang aku lakukan itu, adalah antara hasil kajian yang paling mahal dapat aku dan bos hasilkan dari barangan efluen yang terbuang. 1kg berharga US5000. Berkilo-kilo dah diantar ke US. Ia satu bahan syntheses, dari material bioactive yang ada potensi untuk kegunaan industri pharmaceutical.
Reseacher dari IMR, tempat kakak ku kerja tu ada datang ketempat ku ini mengambil contoh samplenya.. ... Ia ada dalam pokok getah kita tau. Pak cik-pak cik kat kampung tu boleh kaya kalau benda ni boleh diketengahkan. Hai orang IMR, apa kesudahannya? Aku pun tak tahu.

Monday, March 16, 2009

Bye Umar!


Ini Umar Darwysh b Saiful Bahri. Yang mendukung Umar itu ialah ibunya, Pn Noor Izma Aniza Md Aziz. Cerianya muka Umar, nak dukung dengan teacher.
Hari ini Umar datang untuk mengucapakan selamat tinggal kepada semua teacher, dan kawan-kawan di Taska Anugerah Cemerlang. Ibu bapa Umar telah berpindah ke Saujana Puchong. Jadi Umar pun kena lah ikut ke sana, jauh dari sini.
Kami harap ibu bapa Umar berpuas hati atas layanan kami pada Umar. Terima kasih banyak-banyak.


Ini teacher Umi hendak menyerahkan kembali Umar kepada ibunya.








Saat-saat Umar meninggalkan pekarangan taska.
Bye Umar!!!
Kalau Umar pindah semula kesini, datang lah kesini ya, Umar.



Bye Mama Umar, sekiranya kembali semula kesini datang lah kepada kami, ok! Kami cuba yang terbaik untuk mendidik Umar supaya pandai berdikari. Bye! bye!





Sunday, March 15, 2009

Eee, air lah teacher!!!

Seronoknya anak-anak ini dapat main air. Membawa mereka yang diizinkan oleh ibubapa ke kolam renang sseminggu sekali adalah aktiviti di Tadika Anugerah Cemerlang. Seorang pengajar akan mengajar mereka cara-cara untuk berenang yang betul.



Bermula dengan belajar berjalan dalam air dengan cara yang betul, mencelupkan muka mereka kedalam air dan bagaimana sepatutnya kaki itu bergerak.
Berenang adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk anak-anak. Baik dari segi fizikal, sosial dan emosi mereka. Tapi yang paling saya suka ia dapat mendisiplinkan kanak-kanak ini.
Ia juga satu motivasi yang baik untuk mereka.
Sebenarnya bila melihat kegembiraan mereka, aku juga teruja untuk masuk kedalam air, tapi apakan daya........
Lihatlah betapa seronoknya mereka.

Thursday, March 12, 2009

Good boy

Hari ini seorang lagi bekas anak didik ku menyambut hari lahirnya.
Inilah dia si handsome tu, Izz Zamir bin Mazni.

Happy birthday Izz Zamir,

dah 10 tahun usia mu, walaupun telah 4 tahun meninggalkan tadika, tapi ia masih pulang setiap hari ke Taska Anugerah Cemerlang. Setiap hari teacher akan tengok kegembiraan kamu ketika pulang dari sekolah, tapi ada kalanya, masam muka juga, itu tanda ia tak sihat la tu.
Kini Izz Zamir bersekolah di SK Cyberjaya.


Bila dah besar nanti saya nak jadi kuat, sebab nak main ragbi tau. Teacher kena masak sedap2, saya nak makan banyak-banyak, nak jadi kuat, kuat macam harimau.



Tengok tu! baru darjah 4 dah belajar jadi pembuli. Adiknya, Faris pun nak dicekiknya....

Ini hanya berlakon, Izz Zamir sebenarnya budak yang baik. Selalu bantu teacher tolong jaga adik-adik kat taska. Mesti ayah dia, En Mazni dan ibunya (maaf Izz Zamir, teacher lupa nama mama) rasa bangga. Teacher doakan agar Izz Zamir mendapat lindungan dari tuhan dan menjadi insan yang berguna



Tuesday, March 3, 2009

Suatu hari nanti, tinggal kenangan... zaman kanak-kanak





Setiap pagi kanak-kanak Tadika Anugerah Cemerlang akan membaca ikrar... berjanji kepada diri sendiri, antaranya berbunyi...

"Sebagai kanak-kanak Tadika Anugerah Cemerlang, saya berjanji akan:-
1. Percaya kepada Tuhan
2. Menghormati ibubapa, orang yang lebih dewas, guru dan rakan-rakan
3. Menghormati segala peraturan dengan penuh disiplin
4. Menbuat kerja-kerja sekolah dengan rasa tanggong jawab
5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecermelangan.



Dalam Islam, anak adalah amanah dan harta. Pendidikan adab, sopan dan kasih sayang adalah suatu keperluan. Anak-anak tidak hanya dibesarkan dalam kemewahan dan kesenangan, tetapi harus disuburkan dengan kesedaran dan keinsafan bahawa ibu bapa adalah sebahagian daripada hidup kita.





Sekiranya dibentuk dengan kebendaan semata-mata, mungkin anak akan menjadi insan yang mementingkan diri sendiri, tidak akan mengendahkan ibubapa dan akhirnya akan menghantar ibubapa kerumah orang tua. (Mungkin.. kerana kata mereka, masa kecil kami dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak).




Apakah sebelum kita pergi adap sopan anak-anak berkekalan terhadap kita sebagai ibubapa mereka?



Tengok, seronoknya mereka bermain, pusat pembelajaran ini mengutamakan kegembiraan mereka, supaya jiwa mereka tenang dan gembira, maka mudahlah kita untuk mendidiknya.









Apa-apa pun kitalah yang membentukannya.