Sunday, May 31, 2009

Pengasuh dan kanak-kanak

Berinteraksi dengan kank-kanak adalah satu tanggungjawab pengasuh yang amat penting. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak akan banyak berinteraksi dengan orang yang paling hamper dengannya, sama ada ibubapa, pengasuh atau keluarga yang selalu bersamanya. Proses berinteraksi ini akan menggalakkan kanak-kanak selalu bertanya, berani berkongsi pandangan dan menggalakannya berfikir dengan lebih mendalam.
Perhubungan dan interaksi boleh berlaku secara lisan dan tanpa lisan. Dengan menggunakan memek muka atau gerak geri sahaja pun kanak-kanak dapat menyampaikan apa kehendak atau masalah yang dihadapinya.Ini adalah kerana tanpa perhubungan dan interaksi kanak-kanak tidak dapat mencapai matlamatnya. Sebab itu kanak yang berumur antara dua tahun keatas terutama tiga ke empat tahun banyak menyoal tentang sesuatu, bercerita atau member tahu, menerangkan dan meminta jawapan dari orang yang selalu bersamanya.
Kepada ibubapa yang keluar bekerja, anak-anak mereka akan dijaga oleh pembantu rumah atau dihantar ke TASKA. Kanak-kanak yang dihantar ke TASKA, lebih bernasib baik sebenarnya. Ini adalah kerana, pada amnya, pengasuh-pengasuh di TASKA telah dilatih dan bertugas untuk memdidik kanak-kanak dalam jagaannya. Manakala pembantu rumah pula berfungsi sebagai membantu membuat kerja-kerja rumah termasuk menjaga anak-anak majikannya.
Sama ada pengasuh atau pembantu rumah mereka adalah PENGANTI ibubabapa. Mereka merupakan teman setia kanak-kanak tersebut. Apa yang penting sekali ialah mereka ini ada ‘ROLE MODEL’ atau ‘yang dicontohi’ oleh kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian pengasuh-pengasuh di TASKA wajib menghadiri kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dengan menghadiri kursus-kursus ini, para pengasuh dapat meningkatkan mutu asuhan kanak-kanak, supaya kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang menyeluruh dan juga dapat meningkatkan imej pengasuh melalui perkhidmatan yang berkualiti dan berprofessional.
Kreatif Partners mengadakan kursus Asas Asuhan Kanak-kanak

Sebahagian dari peserta yang mengikuti kursus
Peserta asyik mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn Normah Wahab
Sebahagian dari peserta bergambar bersama-sama Pn Normah dan Cik Suhaili dan rakannya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, di sessi akhir kursus semalam, 30hb May 2009.
Bergambar untuk kenangan, semoga jumpa lagi, bye.



No comments:

Post a Comment