Friday, May 22, 2009

Tahap perkembangan kanak-kanak, kepentingannya

Kenapa pentingnya mengentahui tahap-tahap perkembangan kanak-kanak

Semua kanak-kanak akan melalui corak-corak perkembangan yang sama, yang kita boleh teka dengan tepat akan kebolehannya. Antara tahap-tahap tersebut antaranya perkembangan fizikal, umpamanya, kanak-kanak akan melalui tahap duduk kemudian merangkak, berdiri dan berjalan.
Dengan mengetahui tahap-tahap ini:
1. para pengasuh dapat mengenal pasti kedudukan atau kebolehan kanak-kanak ini dapat mengelakkan mereka mengharapkan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

2. Mengenali setiap kanak-kanak adalah individu. Pengasuh hendaklah menyesuaikan aktiviti dan ransangan mengikut ciri dan kebolehan kanak-kanak itu.


3. Pengasuh boleh merangsang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak, juga aktiviti yang akan membawa kanak-kanak keperingkat atau tahap seterusnya.

Dalam proses perkembangan ini, ianya berjalan secara berterusan dan persekitaran adalah sumber utama yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Persekitaran adalah segala yang terdapat dikawasan kanak-kanak membesar termasuk ibubapa, ahli keluarga, orang dewasa yang lain yang menjaga dan berhubung dengan kanak-kanak tersebut.

Walaubagaimanapun ibubapalah yang menjadi pendidik utama kanak-kanak dalam segala pembelajaran bagi memperolehi kemahiran social kearah mengwujudkan nilai-nilai agama dan moral.


Oleh itu untuk memastikan proses perkembangan kanak-kanak sentiasa meningkat, kedua ibubapa dan pengasuh hendaklah sentiasa saling berhubung, menyokong dan mengatasi masalah kanak-kanak secara bersama. Kesinambungan dalam amalan asuhan di TASKA dan di rumah perlu diwujudkan untuk menjamin kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.











No comments:

Post a Comment