Tuesday, May 19, 2009

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak



Setiap makhluk yang dilahirkan di bumi ini dari seusia bayi akan mengalami dua proses penting, iaitu perubahan pertumbuhan dan perubahan perkembangan. Perubahan pertumbuhan terutamanya perubahan fizikal, boleh diukur dari masa kesemasa, seperti berat badan, ketinggian, bilangan gigi dan sebagainya.
Perubahan perkembangan adalah perubahan secara kualiti kerana tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat dalam tempoh jangka pangjang.Perkembangan ini menekan kepada aspek-aspek keupayaan dan kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hayatnya.
Perkembangan yang dapat dilihat seperti kebolehan mengkoordinasi pergerakan anggota-anggota badan, bertutur, memahami dari benda konkrit keabstrak, berinteraksi dan meluahkan perasaan dengan orang dan keaadan sekeliling.

Perubahan-perubahan pertumbuhan dan perkembangan dapat dilihat dengan nyata keatas seorang bayi sepanjang proses ia membesar dan menyediakan diri untuk berinteraksi dengan persekitaran.
1. Perubahan perkembangan kanak-kanak lebih pesat pada peringkat umur 0 – 1 tahun jika dibanding dengan kehidupan mereka selepas itu.
2. Semua kanak-kanak mengalami corak perkembangan yang sama – terdapat pelbagai persembahan dan perkembangan kanak-kanak adalah pada kadar berlainan di situasi berlainan.
3. Kebolehan mereka akan meningkat dari satu tahap ke tahap yang seterusnya da apa yang berlaku di satu tahap akan mempengaruhi tahap yang berikutnya.

Terdapat 4 aspek yang nyata dalam proses pembesaran, iaitu; fizikal, bahasa, kognitif/akal, dan sosio emosi. Seseorang kanak-kanak mempunyai semua aspek yang berintegrasi, dimana pembelajaran ialah satu proses seumur hidup yang terjadi dalam semua aspek perkembangan kanak-kanak.
Perubahan dalam perkembangan fizikal, berlaku dari segi bentuk dan saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
Perkembangan sosio-emosi adalah kemampuan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan.


Kanak-kanak di Tadika Anugerah Cemerlang didedahkan dengan kegiatan kreatif melalui kerjatangan seawal 3 ke 4 tahun, bagi menambah daya cipta, kecekapan penggunaan deria dan dapat melahirkan perasaan serta pengalaman mereka.
Kanak-kanak ini juga telah dibiasakan dengan persekitaran yang selesa dan bebas untuk menyoal, bertindak dan sebagainya.
Persekitaran dan pengalaman baru mengancam perasaan kanak-kanak. Mereka tidak bersedia mengeluarkan perasaan dan fikiran dalam keadaan dimana perasaan emosinya tidak selamat.
Dengan perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat berhubung dan mengambil bahagian dalam pergaulan antara sebaya dan juga orang dewasa.
Semalam Nafis telah mencapai usia 5 tahun. Kami, di Tadika Anugerah Cemerlang, biasanya akan menyambut harijadi kanak-kanak disekolah. Ibu bapa Nafis telah menyediakan makanan seperti mee goreng dan kek kukus dan jajan untuk kawan Nafis di sekolah, dan sekolah juga telah menghadiahkan sebuah buku bacaan untuk Nafis.
SELAMAT HARI JADI YANG KE 5, NAFIS, semoga Nafis akan menjadi orang-orang yang cemerlang, amin.

No comments:

Post a Comment