Sunday, May 10, 2009

Cuti hari Wesak

Semalam, hari Sabtu, cuti am, cuti hari Wesak. Sepatutnya tiada kelas untuk ku, tapi malangnya Pn Normah telah meminda kelas hari Ahad telah dipinda pada hari Sabtu, dan telah mendapat persetujuan satu kelas kecuali aku dan beberapa peserta cina. Pn Normah terpaksa meminda kelas kerana ia terpaksa menguruskan satu lagi kursus diluar KL. Maaf, Pn Normah, saya terpaksa poteng kelas hari ini kerana saya juga terpaksa keluar dari KL untuk menghadiri perkahwinan adik sepupu saya, dan saya pun telah berjanji.
Ini Zura, pengantin baru. Manis sekali. Cantik anak Mak Teh ni, kan. Hari ini hari yang bersejarah baginya kerana hari ini hari perkahwinan nya dengan Epol. Selamat pengantin baru Zura n Epol.





Inilah mak penganti, Mak teh. Mak Teh pun lawa juga, tengoklah tu, senyumannya melerek, dapat menantu.

Hidangan makanan nya sungguh menyelerakan. Sedap sungguh, makan makanan kampong. Tak rugi jalan jauh-jauh. Pedasnyapun boleh tahan....

Inilah Rizal, adik pengantin. Dia pun dah jemput kita untuk majlisnya, pada bulan June ini.


Alamak! tak sempat nak ambik gambar Piza, kakak pengantin. Jumpa saudara-saudara yang lama tak jumpa, riuh rendahlah. Piza pun dapat adik ipar, sibuk la kesana kesini. Maaf ya, Piza, akak tak sempat ambil gambar kamu!. Jangan marah.............



Ini pula, pangkat makcik dengan kami, kami pangginya "Ani" saja, sebab muda dari kami. Dia ni adik pada mak pengantin, adik Mak teh.











Ini Ani, sepupu juga. Selepas kerumah pengantin, kami singgah kerumah Ani pulak, dekat pantai Batu Itam. Janganlah besedih kak Ani, yang pergi tetap pegi. Yang hidup kena teruskan kehidupan. Bersabar banyak-banyak. Ini lah dugaan dari Allah.


Ini satu lagi sepupu, memang dari kecil kami suka bergaduh!! ala anak -anak memang begitu. Sekarang ni Eton dah mentap kat Seremban, asyik-asyik belik seremban.
Apa kono kau ni, daro.
Eton ni mulut nya riuh juga, terhibur juga kak Ani tu.



Ini adik ipar Zaiton, namanya Zemah. Dia isteri kepada Mizal, adik eton.











Ini Cu Kiah, Dia adalah adik kepada Arwah ayah ku. Mereka sekeluarga datang ke Kuantan untuk melihat perkahwinan, Zura,...








Yang baju kuning tu lah adik eton, Mizal. Yang sebelah tu pula adalah anak pak dan Mak Cu kiah, Kalu tak silap namanya, Mohd Sharif Fizal. Dia ni aku tak dapat mengingati nya masa kami kecil-kecil dulu.



Inlah isterinya, kami panggilnya Hanny saja.











Ini pula Ros, juga anak mak cu,







Ini pula wati, maaf ya dik, akak ni lama dah jumpa kamu. Wajah pun tak dapat ingat. Tu la sebaknya akak ambil gambar ni, buat kenangan








Ini kamu juga kan, wati.
Betulkan?




Yang duduk tu, isterinya Moin, Nama Ani jugakan




Ini pula Moin, tadi tu gambar isterinya.
Lupa !!! satu lagi, mana manan?
Dia tak hadhir ka t umah Kak Ani.





Atas permintaan ibu ku, gambar ini diambil untuk kenangan. Barisan belakang, dari kiri Kak Ani, Moin dan Eton. Manakala barisan depan, dari kiri, Cu Kiah dan Ibuku







2 comments:

apasebenarnya said...

waaaa hebat adik ku ini..boleh mengingati segala suku sakat pada hal akak mu inilah yg tua sepatutnya rapat dan mengenali sepupu2 sebelah ayah tp malangnya kakak mu..semakin tua semakin jauh....itulah takdir, suratan bila dah kahwin terpaksa "terasing" dengan semua tu...sedangkan akak lah yg selalu tercampak kat kg mela masa kecil2 dulu...takdir2...hmmmmmmmm!!!!!!!!

ika chrypurtoza said...

ma, ni kene wat family tree ni

Post a Comment