skip to main |
skip to sidebar
Betapa Allah maha berkuasa, menjadikan aku begini adanya....
Wednesday, May 27, 2009
Apa itu pembelajaran
Pembelajaran adalah satu proses dimana terwujudkan sesuatu kepandaian dalam sesuatu bidang. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil biasanya akan dikaitkan akan kepandaian berjalan, bercakap, menulis dan mengira. Memang betul kerana kecerdasan, kebolehan dan pengetahuan adalah hasil dari pembelajaran.
Pengalaman-pengalaman seperti merasai, emosi, perhubungan interpersonal dan berbagai menghasilkan pembelajaran kepada kanak-kanak. Begitu juga dengan bayi yang masih dalam kandungan.
Selain dari baka apa yang penting dalam pembelajaran bagi kanak-kanak ialah suasana persekitaran seperti keluarga, adat dan adap, masyarakat, perhubungan dan emosi sesorang kanak-kanak itu. Dari sikap yang diwarisi dan persekitaran akan dapat menghasilkan satu pembelajaran yang memberi pengalaman yang berharga kepada kanak-kanak. Sikap semula jadi manusia sememangnya suka belajar, ambil tahu, mencari sesuatu yang baru dan mengubah suai dan mencuba. Ini dapat dilihat terutama kepada kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak balajar secara tidak sengaja dan berlaku tanpa disedari dan ini berlakunya perkembangan kemahiran bagi kanak-kanak tersebut.
Kemampuan kanak-kanak belajar adalah melalui apa yang dilihat dan dan mentafsir mengikut fahamannya. Kanak-kanak melihat apa yang ibubapa mereka lakukan dan mereka akan cuba berlagak seperti itu. Keupayaan kanak-kanak mentafsir sangat lemah, dengan itu mereka disekelilingnya perlu membantu supaya apa yang dilihat dapat ditafsir secara lebih positif dan berkesan.
Disinilah ibubapa terutamanya dan masyarkat sekeliling amnya, terutama pengasuh-pengasuh nkanak-kanak, memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Dalam proses pendidikan kanak-kanak, ibubapa dan pengasuh-pengasuh perlu mempunyai sikap dan kebolehan terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah keran kita jugalah yang mewarnakan siapa kanak-kanak tersebut.
Facebook Badge
welcome!
About Me
- akubarutahu
- a 52 years young goverment pensioner who just started to live life
No comments:
Post a Comment