Sunday, February 8, 2009

Penat dan Gembira

Jeeha: Kenapa aku di shoalin kan..... ooh,noo!!!

Sesuatu yang tak di jangka, Terima kasih

Jeeha: Terima kasih ninda mahtra

PENAT!! PENAT, PENAT!!!

Memang penat sungguh hari ni, naba tak nye, aktiviti dari petang semalam sampai la setengah jam yang lalu, baru dapat berehat kat umah. Aduh!! Nak buat macam mana, nak tak nak terpaksa menemankan anak ku Zalikha membeli-belah barangan keperluannya, kasut, baju, beg, entah apa2 lagi gajet2 yang dia nak untuk berangkat ke Australia selama 2 tahun. Itu je dah tiga setengah jam kat shopping complex.

Sebelum tu lepas je breakfast, bersiap dan bertolak ke Merbau Sempak, pergi ke rumah besanku, kerana hari ini Jeehah akan digondolkan. He he he.


Sebelum tu ada majlis marhaban, tapi sayangnya kami sekeluarga terlambat sampai, majlis dah hampir habis. Sesekali pergi, sesat barat le. Menambahkan lambat lagi.

Sesebelum sebelum tu lagi, sampai kat umah malam tadi melepasi 12.30 am. Dah lambat masuk tidur. Maklumle, jumpa adik beradik sempena majlis hari jadi, macam-macam cerita, macam-macam gossip. Masa ni juga Zalikha ingin mengambil kesempatan memohon maaf dan bersalaman dengan kaum kerabatnya, sepupu-sepupunya, mak cik2nya, ada juga le air mata keluar.

Macamana pun majlis tetap gembira, dan aku mengambil kesempatan mengucapkan:


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

HAPPY BIRTHDAY TO semua, kakak, adik-adik dan anak-anak saudara yang dilahirkan pada February ini.
Ha..hah..ha.. bertambah usia, bertambah tanggungjawab dan bertambah rezeki,,, semoga
Allah memberkati dan melimpahkan rezeki mu.

Bagaimanpun aku mengucapkan ribuan terima kasih, TERIMA KASIH!!!! Aku hanya dapat mengucapkan dan mendoakan selamat panjang umur, jauhi dari bala dan murah rezeki, Ati kakakku dan MAWA, adikku, mana laili adik ku yang tak kunjung tiba, tiada hadiah dari ku, tapi yang bestnya, orang punya birthday, aku yang dapat emas! (^_^ ) Terima kasih sekali lagi, MAWA, atas cicin emas yang diberi, emas itu bernilai, keikhlasan itu lebih bernilai disisi Allah, semoga Ia memberkati mu, Amin…

A yo!, bertuah cucu ku, dia juga dapat rezeki, terima kasih kepada nindanya, mak ndak (adik iparku, Raja Mahtra) terima kasih banyak-banyak, semoga Allah juga melimpahkan rezekinya kepada kamu sekeluarga, Amin.

Walau apa pun, ingatlah, kita berada didunia ini dengan penuh selesa dan derita. Beri dan curahkan kasih saying kita terutama kepada orang yang membawa kita kedunia ini, itulah ibu kita. Berkali-kali kita menyambut hari jadi, teringat tak kita pada orang yang membawa kita kedunia ini. Berterima kasih tak kita kepada dia?? AKU JUGA LUPA!!Bila menyambut hari jadi, aku hanya mengingati, SIAPA YANG AKAN MENGINGATINYA. Kepada ibuku, SITI HABSAH BT SUJAK, maafkan aku!!!.

















No comments:

Post a Comment