Sunday, February 15, 2009

Hari-hari yang berlalu....


Setelah 3 hari Ika tinggal di negeri orang, kita orang disini kembali pada aktiviti normal, malangnya akupun dapat kembali sakit lamaku, gastric, aduh!!! Betul-betul terseksa.

Ia bermula pada jumaat lalu, hingga kini belum sembuh, macam mana nak sembuh, makan apa aje yang terjumpa, maklumlah hujung minggu.

Hari sabtu, tiada apa-apa urusan penting, kami sekeluarga yang tinggal bertiga ni, mengambil kesempatan pergi melawat Zura, anak kepada kakak suami ku, Jamilah, yang telah mendapat cahaya mata yang pertama, sebulan lalu Si-comel ni, diberi nama SARA. Baru hari ini kami berkesempatan menziarahnya. Maaf ya...

Sara, selamat datang ke dunia yang penuh dugaan ini

Sara dan Jeehah yang jarak kelahiran cuma 3 minggu tapi berlainan tahun. Wahai emak dan ayah, didiklah anak-anakmu untuk mereka menghadapi dunia mereka.
Habis satu hari, malamnya pula kami berdua aje, pergi kemajlis perkahwinan Nurulnahdia Asikin bt Hj Hasan dengan pilihan hatinya Jasriza b Hj Johar, anak perempuan kepada sepupu suamiku di Grand Season Hotel. ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’ kami ucapkan dan berbahagialah sampai keakhir hayat, amin!.
Begitulah, kini generasi kedua telah dewasa, yang kahwin, yang beranak dan seterusnya. ……. Apa akan berlaku pada tahun 2012… sila cari di intertnet “nibiru” ... Betul ke? Hanya Allah jua yang mengentahui.
Hari ini, Ahad, seawal jam 7.15 pagi, aku terpaksa memandu ke Shah Alam, tutorial akan bermula jam 8 pagi, mengenangkan sakitku belum pulih, dan masa makan terhad, aku singgah di kedai mamak, makan roti canai. Perut oh perut… aku makan apa saja….
Sakit ku menjadi-jadi, nasib baik satu dari 3 tutorial dibatalkan, dapatlah aku sampai kerumah seawal jam 2 petang. Balik berehat, jam 6 petang, teringat janjiku untuk bertemu anakku Edah di asrama, Sekolah Agama bt 10, Jln Cheras. Kelam kabut lagi, maaf Edah, mama tak sempat nak bekalkan apa-apa, cuma biskut dan pek air milo kegemaran mu.
Besok, Isnin, kembali semula kepada jadual harian. Begitulah setiap minggu. Sampailah bila???...
kepada anak ku Reena, Selamat kembali bertugas di Hospital Selayang. Setelah bercuti panjang, merehatkan diri selepas menjadi ibu. Bertugas lah atas nama Allah, semoga Dia selalu memberi petunjuk, amin!!.



2 comments:

Penjejak Badai said...
This comment has been removed by the author.
apasebenarnya said...

bznya nampak "wan" ni....tak pe...dlm sakit2 aktiviti harian harus diselesaikan....apapun yg penting jaga makan.......

Post a Comment