Monday, February 23, 2009

Hari berkumpul bersama anak-anak

Hari minggu adalah hari keluarga. Sabtu dan Ahad, anak-anak ku yang ada disini, balik kerumah. Zahidah, anak bungsu pulang dari asrama, Zaireena yang telah mempunyai keluarga sendiri juga pulang kerumah bersama suami dan anaknya.

Pagi tu aku terpaksa ke kuliah tutorial pulak, tutor talipon beritau kelas ganti di buat pada hari Sabtu, bukan Ahad. Kemudian ke Tadika pula membuat sedikit kerja-kerja maintenance. Dah petang baru balik. Kesian Zaim dan Edah, kena tolong mama, tak pe dah bagi upah Ice cream!!!

Walaupun mereka ada dirumah malam Sabtu, aku terpaksa ke Kajang pula, menempah cermin mata untuk Edah, Cermin matanya dah hilang.. Pelik la, orang cermin mata sentiasa dimata, tapi dia ni… entahlah, tu la sebabnya, hilang cermin mata tu. Perasaan tak cantik kot, kalau pakai cermin mata, ha ha ha.

Pagi Ahad pulak, suamiku pula bergegas kekuliahnya. Alamak, terpaksa la pergi pasar sendiri. Hari ini lagi sibuk, keluar masuk rumah je. Tapi sempat juga makan tengahari bersama anak-anak, tapi ayah mereka tidak dapat bersama. Kesian Ika, jauh diperantuan, makan apa hari ini, Ika?, makan roti je ke?

Lewat petang suami ku pulang dan kami menghantar Edah kembali ke asrama. Mak datok, penuhnya kereta kat asrama ni. Begini la kalau lewat hantar. Semua ibubapa akan menghantar anak pulang keasrama selewat mungkin. Ya lah! Semua ibubapa nak bersama-sama anak selewat mungkin. Begitu lah………..


Inilah Edah dengan cermin mata barunya.







Penuh parking, nak cari tempat letak kereta pun susah.

3 comments:

apasebenarnya said...

edah...cantik cermin mata tu....makde dah lama teringin cermin yg tak de bingkai tu..tp budget memanjang tak cukup hehehe..

ika chrypurtoza said...

ika hari hari mkn cheese! haha ;>

Anonymous said...

muka edah pki spek mcm tu dah mcm muka ika hahahaha....

Post a Comment