Wednesday, February 4, 2009

Bermulalah perjalanan hidupmu....

jeehah enaknye bermimpi...




Jeehah oh Jeehah!!

Bermulalah perjalanan hidupmu ....

Hari ini telah masuk hari keempat Jeehah mengikut neneknya (yang mahu dipanggil “Wan”) ke Taska dimana Wan nya bekerja.

Tiap-tiap pagi, Wan akan menunggu Jeehah, yang dihantar oleh ‘abah’nya, dari Ampang Hilir kerumah Wan, di Bt 9, Jalan Cheras.

Kemudian tukar kereta, naik kereta Wan menuju ke Putra Perdana, Puchong, tempat wan kerja. Inilah sekolah Jeehah dan inilah hidup Jeehah untuk sementara ini. Berapa lama? Ha! ha! ha! tak tahulah, tengoklah selagi umi nya tak komplen… kot.

Begitulah hidup umi nya dulu, sebaya umur Jeehah, duduk dengan neneknya di Raub, Pahang, untuk menemankan datuknya yang kena strok. Bila nenek keluar pergi pasar, atau kekedai, maka dibawalah akan cucunya itu. Dulu-dulu tak canggih macam kini, neneknya meletakkan cucunya didalam besen mandian dan diletakkan dikerusi hadapan je. Tapi kini, tengoklah si Jeehhah tu!!! Bukan main selesa lagi (anak zaman sekarang…)

Hem!!! Memanglah, anak-anak zaman yang serba canggih ini, memang begini, kalau tak duduk dengan nenek, hantar ke Taska la… ataupun dijaga oleh bibik-bibik. Wahai mak-mak, pilihlah yang mana berkenan.

Mak zaman sekarang berpelajaran, menabur jasa disamping mencari rezeki. Hantar anak-anak ke Taska, memanjangkan rezkinya kepada orang lain juga. Itu lah yang menggerakkan ekonomi Negara. Ha..ha..ha.

Harapan Wan, dalam kereta, Jeehah mesti behave, tau. Kecoh Wan, nanti. Jauh nak jalan ni.

Tak pe, bak kata orang tua-tua, ‘Jauh berjalan banyak pengalaman’, mudahan-mudahan… Amin.

2 comments:

apasebenarnya said...

nampak gayanyer..dr anak smp ler ke cucu besar dlm keter....

Penjejak Badai said...

ish...sian anak ku.
besar nanti boleh jadi pelumba F1.hehe

Post a Comment