Monday, April 27, 2009

Sepanjang minggu lalu

Bermula dengan pagi tadi, Isnin, aku terlihat Aniq telah menunjukkan "the milestone" nya. Ia telah mula hendak merangkak. Lihatlah gambar-gambar ini, dengan perlahan-lahan gerakkannya, naik jatuh akhirnya......







Aniq berjaya mengangkatkan perutnya dan mula merangkak.
Hari Ahad, semalam, adalah hari terakhir, peperiksaan akhir semester Januari 09, bagi kami penuntut OUM. Hah! leganya rasa, setelah beberapa minggu membuat persediaan, sedikit tension le...
Inilah langkah-langkah terakhir menuju kebilik peperiksaan. Bersemangat ke lesu...
Sempat juga ambil gambar untuk me'release'kan tension.
Tengok tu, gambar ini diambil pada hari Jumaat lalu. dalam semua telah bersiap sedia untuk balik, Hakim bermain dengan Jeeha, sayangnya adik tu. Macam budak penyayang je!!!

Hakim nak adik ke? Nanti balik tanya mama ye!
Hakim minat dengan Jeeha ke?, tu kena tanya mak Jeeha tau..

Lama dah tak cerita pasal Jeehah cucuku. Oleh kerana Wan pun sibuk dengan hal-hal dunia, hari -hari bawa Jeeha berjalan pergi taska tapi tak perasanpun... tiba-tiba Jeehah dah besar.
Wan pun makin tua, 'what' dah tua!!!!, alamak,..... makanya, wan takut tak perasan Jeehah membesar. Wan pun teringatla nak ambil gambar Jeeha dengan beberapa gaya senyuman. Manis senyuman cucu Wan kan...

Jeehah dah bersiap sedia untuk pulang bersama wan, selepas sehari suntuk kat taska...

Ini adalah waktu makan malam (petang) di taska. Sebelum makan kene baca doa ya!

"Rumah Cik Siti ditepi sawah, memakai langsir berwarna merah, bila nak makan baca Bismillah, bila dah kenyang... burpp!!!... Alhamdulillah
Adik kecil pun kene baca doa, tau...
Sebelum tu, basuh tangan dulu. "Ok, everybody line up!!!"

Abang besar ni dah basuh tangan ke? baca doa dulu baru makan tau..
Kakak dah makan!.. baca doa tak?.. Inilah Edah, anak bungsuku. Minggu yang lalu dapat balik umah tapi mood tak baik je. Maka untuk menggembirakannya, papa pun belanja makan kat luar, Edah pilihlah nak makan apa?? papa bayar je...... iye ke, apa lagi....
Inilah ceritaku sepanjang satu minggu lalu

No comments:

Post a Comment