Saturday, April 4, 2009

Aktiviti hujung minggu

Dalam sibuk-sibuk nak periksa ni aku terpaksa mengikuti Kursus Asuhan Kanak-kanak, yang dimestikan oleh JKM. Aku mengambil secara 'part time' bermakna setiap hujung minggu selama 12 minggu. Lama tu tapi terpaksa berkorban. Cari ilmu, belajar sepanjang hayat....
Oleh kerana minggu ni je aku ada masa lapang, aku mengajak dua anakku, Zaim dan Edah, yang balik dari asrama minggu ni, berserta suamiku pergi ke Pantai Bagan Lalang. Bukan nak piknik, tapi nak pergi ambil pasir. Bukan pencuri pasir. Ia adalah untuk kegunaan di Tadika, untuk anak-anak tadika menguatkan fine motor mereka.
Dua tahun dulu, aku kemari, saujana mata memandang ke arah laut, tapi kini terdapat pembangunan bagi projek Sepang Goldcost. Tak tahu lah ia projek yang baik atau tidak. Aku sempat juga mengambil gambar-gambar pembinaan itu.












Tengok tu, anak bungsu aku sempat bergaya, dua tahun dulu datang kesini tak segan-segan berlari-lari mengejar layang-layang bersama adik beradik dan sepupu-pupunya.




Tempat percutian mewah berbentuk pokok palma
Adakah ini satu pencemaran yang berbaloi?






3 comments:

Anonymous said...

hi....kita selalu gak kesana, samada kursus, bagi org kursus dan hari keluarga, adalah kat 4 kali...cantik bagi yg minat ngan laut....berbaloi aper....bagi yg berduit ler...ada duit semua berbaloi.....

akubarutahu said...

Orang macam kita ni berbaloi juga, dapat tengok je, sedap mata memandang

ika chrypurtoza said...

awat x wat picnic sekali!

Post a Comment