Saturday, April 18, 2009

Balqis melangkah ke usia pertengahan pra-operasi

Pada 17th April, 2009, Nur Ameera Balqis bt Muslim, genap 4 tahun usianya. Tapi hari ini dia kurang sihat kerana sakit mata. Tengok wajahnya, cuba nak gembira, tapi matanya menghalang. Walau apa pun, kita masih mahu menggembirakannya.
Selamat hari jadi, sayang! Lama dah kawan nyanyi, cepat tiup lilin tu..
Besar keknya. Mama belikan yang ada gambar kartun Winnie.
Cantiknya! kata kawan-kawan, warna pink lagi. Ok lepas potong nanti boleh bagi kawan-kawan ya!
Bergambar bersama kawan-kawan dan teachers.
Teacher Ina menyampaikan hadiah dari Tadika Anugerah Cemerlang untuk Balqis.
Bergambar bersama adiknya, Nur Addlena Sofea. Macam kembar je!

Nah! jajan ni dari Baqis untuk kawan-kawan.







Kawan-kawan cakap apa?
Terima kasih, Balqis.
Ada apa dalam tu, ya. Aqil tak sabar nak buka.
Seronoknya jadi kanak-kanak.

Alamak! Teacher hanam tak dapat ke?




No comments:

Post a Comment