Sunday, March 29, 2009

My son, Zaim


Zaim, Zaim, Zaim, 19 tahun lalu, hari pertama Ramadhan, petang sebelum bebuka, ekau keluar kat bumi ni. Ekau pilih aku jadi ibu mu. 28hb March, 2009 dah 19 tahun. Happy Birthday, dah remaja anak mak.






Hari ini kak Ina belanja dinner kat Nelayan. Seronoknya Zaim, seafood memang kegemarannya. Anak bapak. Hai anakku, ada potensi untuk join club gout macam papa, he he he! Apa nak buat, tahun ni sambut birtday dua beradik je, nasib baik ada abang ipar, ngan anak buah, tolong ramaikan.



Mak tolong! Kak ina tarik rambut... tu la degil! ha!, dah kakak tarik rambut. Malas lagi belajar...


Bawa kereta biar bersopan, nak kejar apa? Kalau rasa dah puas pegang stering tu, jadi penumpang je, tak payah bawak giler giler. nanti papa yang kena saman.

Tengoklah belakang tu, ada kakak dan adik, gambar ni ambil masa antar Ika kat airport. Ika gi Australia, Edah duduk asrama, Ina dah ada keluarga sendiri, sapa nak jaga papa dan mama? Tu la Zaim tak nak duk kat kolej. Kesian papa dan mama, tak de orang nak gaduh dengan diorang! hu hu hu....
Itu kata Zaim.


Anak lelaki, bila dah besar, inilah kegilaannya. Walau apa pun, wahai anakku, kecemerlangan akedemik itu penting, tapi ia bukan satu tiket untuk hidup senang. Ia mesti disertai dengan kemahiran hidup. Fikir-fikirlah. Tapi yang penting, belajarlah, supaya menjadi orang yang berilmu.

4 comments:

apasebenarnya said...

alaaaa knp tak pelawa akak....akak tak ramai family so tak ler makan byk sgt....haha...tp makan seafood!!!! tak de makanan lain ke.....tak mau masuk kelab ghout....kuang..kuang...

Anonymous said...

mana ader malas belajar....orang rajin la.....hehehehe

ika chrypurtoza said...

hahahah...zaim poyo! rindu nye kat viva ika!..ma patut letak gamba zaim mase kecik2 y kat kete saga tu..hahaha

akubarutahu said...

ya la ika, ma pu dah lupa pasal gambar tu

Post a Comment