Tuesday, March 3, 2009

Suatu hari nanti, tinggal kenangan... zaman kanak-kanak





Setiap pagi kanak-kanak Tadika Anugerah Cemerlang akan membaca ikrar... berjanji kepada diri sendiri, antaranya berbunyi...

"Sebagai kanak-kanak Tadika Anugerah Cemerlang, saya berjanji akan:-
1. Percaya kepada Tuhan
2. Menghormati ibubapa, orang yang lebih dewas, guru dan rakan-rakan
3. Menghormati segala peraturan dengan penuh disiplin
4. Menbuat kerja-kerja sekolah dengan rasa tanggong jawab
5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecermelangan.



Dalam Islam, anak adalah amanah dan harta. Pendidikan adab, sopan dan kasih sayang adalah suatu keperluan. Anak-anak tidak hanya dibesarkan dalam kemewahan dan kesenangan, tetapi harus disuburkan dengan kesedaran dan keinsafan bahawa ibu bapa adalah sebahagian daripada hidup kita.





Sekiranya dibentuk dengan kebendaan semata-mata, mungkin anak akan menjadi insan yang mementingkan diri sendiri, tidak akan mengendahkan ibubapa dan akhirnya akan menghantar ibubapa kerumah orang tua. (Mungkin.. kerana kata mereka, masa kecil kami dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak).




Apakah sebelum kita pergi adap sopan anak-anak berkekalan terhadap kita sebagai ibubapa mereka?



Tengok, seronoknya mereka bermain, pusat pembelajaran ini mengutamakan kegembiraan mereka, supaya jiwa mereka tenang dan gembira, maka mudahlah kita untuk mendidiknya.









Apa-apa pun kitalah yang membentukannya.

1 comment:

Anonymous said...

untung sabut timbul untung batu tenggelam

Post a Comment