Sunday, March 15, 2009

Eee, air lah teacher!!!

Seronoknya anak-anak ini dapat main air. Membawa mereka yang diizinkan oleh ibubapa ke kolam renang sseminggu sekali adalah aktiviti di Tadika Anugerah Cemerlang. Seorang pengajar akan mengajar mereka cara-cara untuk berenang yang betul.



Bermula dengan belajar berjalan dalam air dengan cara yang betul, mencelupkan muka mereka kedalam air dan bagaimana sepatutnya kaki itu bergerak.
Berenang adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk anak-anak. Baik dari segi fizikal, sosial dan emosi mereka. Tapi yang paling saya suka ia dapat mendisiplinkan kanak-kanak ini.
Ia juga satu motivasi yang baik untuk mereka.
Sebenarnya bila melihat kegembiraan mereka, aku juga teruja untuk masuk kedalam air, tapi apakan daya........
Lihatlah betapa seronoknya mereka.

No comments:

Post a Comment