Thursday, March 26, 2009

Teringat kembali

Salam, lama dah tak up date, sibuk dengan assignment, dah antar baru senang hati.
Hari ini seperti pagi-pagi biasa, aku menunggu Jeeha sampai, baru kami bertolak ke Putra Perdana, dimana letaknya tadika tempat aku bekerja. Dengan menggunakan jalan Kajang, aku masuk highway Silk, dan terus ambil highway ke Putra Jaya.
Sejak cuti sekolah hingga kini dipersimpangan Bangi tak jem!! tapi kereta banyak. Selalu jalan ni sampai persimpangan Putrajaya, jem giler. Sampai depan KLUIC, teringat Zaim yang sedang cuti sakan. Apa dia buat kat umah, mesti tidur lagi.
Dalam pemanduan dengan kelajuan antara 90-110km/hr, sampai persimpangan Hospital Serdang, tiba-tiba ari ni hati ku terasa sayu... teringat aku akan kakak ku Ati. Selalu bila sampai kat kawasan ini mata ku tercari-cari bas rapid yang biasa dinaikinya. Bila ternampak biasanya aku akan talipon dia bertanya khabar. Tapi sejak minggu lalu, game tu dah tak boleh main lagi. Ialah baru ingat, Ati dah pindah, jalan tak jem lagi, lah.... Dia dah pindah ke IMR.
Kesian dia, dari tempat besar pindah kat tempat kecil, memang lah sakit, apa sebanarnya kan? Duduk kat makmal pulak tu. Kesian dia!!
Dari ceritanya, aku teringat akan kisah ku, selama 27 tahun aku ditempatkan dalam makmal, not bad... aku menyukainya. Macam dalam cerita CSI tu, he he he......

Ini lah aku. Gambar ini diambil dari buku yang dikeluarkan oleh LGM sempena 75th anniversary, bertajuk Milestones in rubber research. Gambar ini diambil sekitar tahun 2000. Dah dekat 10 tahun.
Kerja yang sedang aku lakukan itu, adalah antara hasil kajian yang paling mahal dapat aku dan bos hasilkan dari barangan efluen yang terbuang. 1kg berharga US5000. Berkilo-kilo dah diantar ke US. Ia satu bahan syntheses, dari material bioactive yang ada potensi untuk kegunaan industri pharmaceutical.
Reseacher dari IMR, tempat kakak ku kerja tu ada datang ketempat ku ini mengambil contoh samplenya.. ... Ia ada dalam pokok getah kita tau. Pak cik-pak cik kat kampung tu boleh kaya kalau benda ni boleh diketengahkan. Hai orang IMR, apa kesudahannya? Aku pun tak tahu.

3 comments:

apasebenarnya said...

hmmm...terima kasih krn mengingati akak kau yg sorang ni...mmg perit..dr tempat glamour terduduk kat tempat mcm stor barang terbuang/terpakai (krn tmpat terlalu padat)dan menyeramkan...bekerja tempat sample darah dan segala mcm bahan manusia...bukan satu lab tp berpuluh...nak sebut pun tak reti....klau ikutkan rasa..malas dah nak kerja...tp sapa lak nak bg aku duit dan makan biarpun tak byk tp itulah satu2 "hak" aku.....anak aku tak lepas lg...huhuhuhu...

ika chrypurtoza said...

tuh la..isk2 ade resource byk msia ni...lupediri je slalu...haha politik je y dieorg suke lyn..glamer..;p

ika chrypurtoza said...

haaa...mama rindu nk wat research ke?..nnt wat research utk tesis psl ECE! '^~^'

Post a Comment