Monday, December 14, 2009

Sekolah dan masa depan

Keadaan masyarakat kini sangat mengharapkan pendidikan kanak-kanak. Mereka mengharapkan system pendidikan dapat mendisiplinkan anak-anak mereka, berjaya dan akhir cemerlang dalam pembelajaran. Masyarakat adalah tujuan pendidikan itu diadakan dan masyarakat juga adalah penerimanya. Maka dengan itu masyarakat memang mendesak dan mengharap agar perubahan –perubahan kearah kebaikan dan menyeluruh ada didalam pendidikan.
Falsafah pendidikan diwujudkan adalah sebagai garis panduan untuk membina satu system pendidikan di negara kita. Falsafah pendidikan dapat menunjukan arah pendidikan anak-anak kita. Ia dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar. Begitu juga kepada mereka-mereka yang membuat dasar pendidikan itu sendiri.
Pembelajaran adalah satu proses penambahan pengalaman kepada anak-anak kita. Selain dari itu ia juga adalah satu proses social untuk kanak-kanak. Pengalaman bersosial menjadi pendidik yang penting kepada kanak-kanak. Dengan ini , sekolah mestilah menjadi sekolah yang aktif dan dinamik, kerana kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan komunikasi antara mereka.


Masyarakat mahu supaya sekolah dapat menyelesaikan segala pemasalahan yang mereka hadapi. Maka, mereka mengharap akan kewujudan sekolah pintar. Walau apapun, pekara yang lebih penting ialah tugasan guru kini lebih mencabar, dan kena lebih komited. Apa yang penting , sama ada guru, ibubapa, pentadbir ataupun masyarakat, kenalah memperbaharui attitude dan persepsi kearah yang lebih positif supaya kecemerlangan menyeluruh dapat dicapai untuk dekad akan datang.


Adalah lebih tepat lagi, sekolah bukanlah tempat untuk melatih pekerja. Sekolah adalah tempat mendidik kanak-kanak dan pembelajarannya adalah berpusat kepada kanak-kanak itu sendiri (child centred). Sekolah adalah tempat untuk melahirkan modal insan, membantu kanak-kanak berkemahiran dalam membina masyarakat yang bertamadun.

No comments:

Post a Comment