Friday, November 6, 2009

Sekolah dan proses sosial

Seorang guru seharusnya mempunyai skill berkomunikasi yang baik, terutamanya didalam bilik darjah. Sekiranya tidak, maka proses pembelajaran menjadi kaku dan beku.
Skill ini dapat membantu guru menyampaikan pembelajaran dengan lancar dan terang dan mudah difahami. Pembelajaran, pengetahuan, idea, informasi, dan nasihat dapat disampai dengan baik. Sekiranya tidak, menyebabkan pelajar kecewa dan yang paling rugi ialah proses pembelajaran itu gagal.
Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat secara lisan atau pesanan bertulis. Sekiranya penerima memahami apa yang disampaikan oleh penyampai, bermakna komunikasi itu berkesan. Sebagai seorang guru, memberi arahan dan tunjukajar adalah satu tanggungjawab. Setiap tulisan yang terpampang diatas papan putih disekolah merupakan satu amalan komunikasi. Ia menjadi lebih berkesan jika pelajar menyalin dan memahami maksudnya. Maka dengan itu guru harus dapat mencipta satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam kelas, guru berhubung dengan murid melalui perbualan, penerangan, persoalan, perbincangan, reinforcing and clarifying, mengarah, memberi petunjuk dan bermesra dengan pelajar. Pengkaji telah mengkaji dan mendapati guru berkata-kata lebih kurang satu pertiga dari masa pembelajarannya.
Oleh kerana demikianlah sekolah dikatakan pusat sosial dan pusat pembangunan pendidikan. Disini pembentukan watak dan budaya terjadi. Guru sebagai model yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu kreatif ketika berhubungan dengan pelajar supaya mesej yang hendak disampaikan betul-betul meresap kejiwa pelajar. Kegagalan guru berkomunikasi dengan pelajar menyebabkan segala objektif yang mahu disampaikan gagal dan akhirnya…..
Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana, pusat asuhan, tadika, sekolah rendah, menengah, Universiti ataupun di jalanan. Proses yang pentingsekali dalam pembelajaran ialah sosial dan komunikasi.

No comments:

Post a Comment