Saturday, July 18, 2009

Persediaan belajar membaca dan menulis

Bermula dengan membaca, kemudian kanak-kanak akan mula belajar menulis. Secepat mana kanak-kanak dapat memahirkan diri dengan skil menulis adalah bergantung pada kematangannya dan juga cara atau teknik yang digunakan ketika mengajarnya.
Kanak-kanak memerlukan pendedahan yang luas dalam bidang bahasa sebelum dapat kemahiran membaca dan menulis. Ini adalah kerana ia memerlukan skil yang tinggi untuk menukarkan bahasa pertuturan kepada isyarat grafik atau isyarat tulisan.
Kanak-kanak ini perlu dilatih untuk mengikut arahan, duduk dikerusi dalam jangka masa tertentu dengan penuh perhatian. Tetapi apa yang lebih penting ialah kanak-kanak ini mesti berminat untuk belajar membaca dan menulis.
Apa yang lebih penting ialah kanak-kanak ini telah dilatih cukup dari segi fizikal ia itu motor halusnya dan kematangan neurologi, supaya koordinasi antara otak dan otot-otot yang berkenaan dapat berkerjasama. Cara memegang pensil itu penting supaya ia dapat mengawal pergerakan untuk membuat garisan lurus. Pengecaman juga sama penting bagi mengenal bentuk sesuatu huruf. Mengenali bentuk dan bunyi adalah satu percantuman yang akan membawa kepada suku kata dan seterusnya satu perkataan, yang akhirnya membawa kepada satu ayat.
Apabila kanak-kanak telah memahirkan diri dalam pembacaan dan penulisan ia akan menjadi motivasi yang dapat melonjakkan pengalaman yang positif terhadap pembelajaran.

No comments:

Post a Comment