Friday, April 28, 2017

PERGERAKAN KREATIF DAN MUZIK

Pendekatan pergerakan kreatif dan muzik 

Aktiviti ini dapat dimanfaatkan kerana ketika aktiviti pergerakan dan muzik dilakukan banyak kemahiran perkembangan berlaku, antaranya:
1.      Penyertaan dalam kumpulan
2.      Kemahiran social
3.      Kemahiran mengekspres emosi
4.      Kemahiran meningkatkan konsep kendiri
5.      Kemahiran berkongsi muzik dan tarian antara budaya
6.      Kemahiran merubah perasaan dalam tempo ketika mendengar secara perincikan (Fokus)
7.      Kemahiran kesedaran pergerakan dan meletakan badan
8.      Kemahiran kreativiti dan imaginasi
9.      Belajar perkataan baru dan konsep
10.  Menemui konsep meneroka dalam sebab dan akibat
11.  Membina kemahiran motor kasar
12.  Dapat kemahiran dalam mengimbangi, koodinasi, dan irama melalui tarian serta aktiviti pergerakan
13.  Meningkatkan kemahiran motor halus terutama dalam pembelajaran bermain jari dan bermain alat muzik yang kecil
       Pendekatan ini juga memang sesuai juga untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kesibukan harian akan membuatkan seseorang merasa tertekan dan banyak kemahiran-kemahiran diluar bidang kerjayanya hampir terlupa. Oleh itu sememangnya aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang itu,
      Kepada para pendidik awal kanak-kanak juga seharusnya mengambil peluang ini menerapkan aktiviti pembelajaran mengikut perkembangan yang dikehendaki melalui pendekatan keratif dan muzik. Masukkan elemen-elemen matematik ketika membuat pergerakan. Melalui pancaindera, pendidik boleh membuat aktiviti-aktiviti memain muzik sambal menghasilkan bunyi, tinggi rendah, kuat dan perlahan dan diikuti dengan aktiviti pergerakan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali dan meluahkan perasaan gembira, takut, sedih, cemas dan sebagainya.
Kenapa seawal usia
Kanak-kanak kecil sememangnya suka muzik! Ia berlaku secara semulajadi. Sama ada muzik tersebut berentak lembut dan menenangkan atau lagu yang meriah, kanak-kanak secara semula jadi akan menggoyangkan badannya dan berasa gembira. Ketika ini berlaku kedua-dua perkembangan iaitu perkembanganfizikal dan emosi. Ini adalah kerana seawal usia kanak-kanak, mereka belajar untuk melakukan perkara-perkara yang baru dengan anggota badan mereka.


Melalui pergerakan kanak-kanak kecil belajar menyampaikan mesej dan mewakili tindakan, sebagai contoh: mereka mampu membuat aksi berenang, umpama mengacau menggunakan sudu, menyanyi dan sebagainya yang kadang-kala tidak terfikir oleh kita akan mesej yang mereka samapaikan. Ini menunjukkan mereka berfikir menggunakan badan-badan mereka sebelum mereka berfikir secara lisan.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi menerusi pendekatan pergerakan kreatif dan muzik, seperti dapat meningkatkan kesedaran diri, harga diri serta autonomi peribadi. Keadaan ini membawa kepada keyakinan diri dan dapat menghubungkan  antara fikiran, perasasan diikuti dengan pemilihan tindakan dalam kehidupan seharian.

Renung-renungkan lah.....                                                                                                                                                                                                                                                                                 #IMove2Learn
#ILearn2Share
#IShare2Inspire

No comments:

Post a Comment