Tuesday, February 2, 2010

Selepas sebulan tahun 2010

Sebulan telah berlalu untuk tahun 2010. 2010, haha! Sepuluh tahun telah berlalu bagi abad 21 ini. Apa yang telah kita lakukan?Membangunkan atau memusnahkan…..bumi? anak-anak? iman? masa depan? Berbagai lagi.




Sebagai seorang ibu, (ya, telah 27 tahun aku menjadi seorang ibu) sebenarnya mendidik anak-anak ini antara senang dan susah. Kekadang aku juga tidak pasti, betul atau tidak cara aku mendidik, mereka menjadi begitu mungkin kehendak azali, yang telah diaturkan oleh NYA, atau betul cara yang aku guna aku mendidik anak-anakku?

Berbagai teori dalam pendidikan kanak-kanak ini. Banyak buku-buku yang menunjuk ajar bagaimana untuk mendapat anak-anak cemerlang. Dalam pembelajaran ECE, banyak nama-nama pakar dengan teori-teori mereka. Tapi malangnya teori- teori ini kepunyaan bukan muslim dan entahlah.. sesuai ke tak dengan kita ni…Kini, pun telah banyak university dan kolej megadakan kursus pendidikan awal kanak-kanak (ECE).

Cuba perhatikan keadaan masyarakat sekarang, keselamatan kanak-kanak makin kendur. Makin ramai cendikawan ECE makin banyak berlaku kes-kes moral yang membimbangkan. Buka tu je, keselamatan nak keluar rumah juga tak pasti. Mereka keluar ke sekolah, bermaian dan sebagainya, nanti mereka balik tak? Kalau balik, elok tak fizikalnya, takut dibuatnya. Dimana silapnya…….. Hidup mesti diteruskan



2 comments:

Alee said...

Very true that existing CD theories are all based on Western research. We don't hv any Msian theories of our own yet. I have heard of the following Islamic theories or approach:

Al-Ghazali’s Theory which emphasizes: individual different style of learning; learning through play;role of parents,teachers and community (ecology system);habituation and role models;reinforcements and punishments.

Ibn Khaldun who says that “Kekerasan itu menjadikan mereka malas dan mendorong mereka berbohong serta kelicikan.” Oleh itu, jangan dibebankan kanak-kanak dengan perkara-perkara di luar kemampuan mereka kerana akan menyebabkan mereka tidak mahu belajar, malas dan mencerca pengajaran yang diberi.

Regards,
Audrey

akubarutahu said...

Saya setuju Audree, boleh berikan teori dari bangsa Cina, tak? Saya tahu anda memang berilmu tentang bab ini kan?

Post a Comment