Pendekatan pergerakan kreatif dan muzik
Aktiviti ini dapat dimanfaatkan kerana ketika aktiviti pergerakan dan muzik
dilakukan banyak kemahiran perkembangan berlaku, antaranya:
1. Penyertaan
dalam kumpulan
2. Kemahiran
social
3. Kemahiran
mengekspres emosi
4. Kemahiran
meningkatkan konsep kendiri
5. Kemahiran
berkongsi muzik dan tarian antara budaya
6. Kemahiran
merubah perasaan dalam tempo ketika mendengar secara perincikan (Fokus)
7. Kemahiran
kesedaran pergerakan dan meletakan badan
8. Kemahiran
kreativiti dan imaginasi
9. Belajar
perkataan baru dan konsep
10. Menemui
konsep meneroka dalam sebab dan akibat
11. Membina
kemahiran motor kasar
12. Dapat
kemahiran dalam mengimbangi, koodinasi, dan irama melalui tarian serta aktiviti
pergerakan
13. Meningkatkan
kemahiran motor halus terutama dalam pembelajaran bermain jari dan bermain alat
muzik yang kecil
Pendekatan ini juga memang sesuai juga untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kesibukan harian akan membuatkan seseorang merasa tertekan dan banyak kemahiran-kemahiran diluar bidang kerjayanya hampir terlupa. Oleh itu sememangnya aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang itu,
Kepada para pendidik awal kanak-kanak juga seharusnya mengambil peluang ini menerapkan aktiviti pembelajaran mengikut perkembangan yang dikehendaki melalui pendekatan keratif dan muzik. Masukkan elemen-elemen matematik ketika membuat pergerakan. Melalui pancaindera, pendidik boleh membuat aktiviti-aktiviti memain muzik sambal menghasilkan bunyi, tinggi rendah, kuat dan perlahan dan diikuti dengan aktiviti pergerakan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali dan meluahkan perasaan gembira, takut, sedih, cemas dan sebagainya.

Kenapa seawal usia
Kanak-kanak kecil sememangnya suka muzik! Ia berlaku secara
semulajadi. Sama ada muzik tersebut berentak lembut dan menenangkan atau lagu
yang meriah, kanak-kanak secara semula jadi akan menggoyangkan badannya dan
berasa gembira. Ketika ini berlaku kedua-dua perkembangan iaitu perkembanganfizikal
dan emosi. Ini adalah kerana seawal usia kanak-kanak, mereka belajar untuk
melakukan perkara-perkara yang baru dengan anggota badan mereka.
Melalui pergerakan kanak-kanak kecil belajar menyampaikan mesej
dan mewakili tindakan, sebagai contoh: mereka mampu membuat aksi berenang,
umpama mengacau menggunakan sudu, menyanyi dan sebagainya yang kadang-kala
tidak terfikir oleh kita akan mesej yang mereka samapaikan. Ini menunjukkan
mereka berfikir menggunakan badan-badan mereka sebelum mereka berfikir secara
lisan.
Kesimpulannya,
terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi menerusi pendekatan pergerakan
kreatif dan muzik, seperti dapat meningkatkan kesedaran diri, harga diri serta
autonomi peribadi. Keadaan ini membawa kepada keyakinan diri dan dapat
menghubungkan antara fikiran, perasasan diikuti
dengan pemilihan tindakan dalam kehidupan seharian.
Renung-renungkan lah..... #IMove2Learn
#ILearn2Share
#IShare2Inspire