Anak-anak umpama kain putih. Siapakah yang akan membentuknya
untuk menjadi manusia marjusi, nesrani atau manusia berguna seperti orang Islam
yang baik????......
Ibubapa zaman masa kini terpaksa keluar rumah untuk memcari
rezki, sama ada dia seorang professional atau biasa-biasa saja. Anak-anak
terpaksa ditinggalkan…..
Sepeninggalan ibubapa ini, siapakah yang akan menjaga
anak-anak ini? Terutama kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Siapakan yang
menguruskan kanak-kanak ini?
Mahu tak mahu, ibubapa terpaksa meninggalkan kanak-kanak ini
dibawah jagaan orang-orang yang dipercayai, antaranya, datuk nenek kanak-kanak
tersebut, jiran tetangga atau bibik-bibik dari negara jiran. Dibawah jagaan
datuk nenek, mungkin ibubapa boleh rasa selesa mempercayai keselamatan
anak-anaknya. Bagaimana dengan yang lain-lain? Adakah anak-anak ini diurus
dengan baik? Adakah anak-anak kita selesa dan gembira atau adakah anak-anak
kita ketakutan dirumah semasa kita tiada? Bagaimana emosi anak-anak itu?
Kepada yang menghantar anak-anak kerumah nenek dan datuk,
mungkin merasa selesa akan keselamatan anak-anak mereka. Tidakkah terfikir oleh
ibubapa kanak-kanak ini bahawa nenek dan datuk juga mungkin mempunyai agenda
sendiri seperti untuk merehatkan diri setalah bertahun-tahun membesarkan
anak-anak sehingga mereka Berjaya? Atau nenek dan datuk ingin memperbaiki
hubungannya dengan yang kuasa?
Memikirkan keadaan ini, apakah pilihan yang ada????
T
A S K A & P U S A T J A G A AN