Proses
perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa
banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran
masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan
pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses,
komunikasi, sains dan seni.
Perkembangan
dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas
kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan
memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari
kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan
pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan
teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga
banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.
Cara
penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh
itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka
telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif
dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu
menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara
professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based Learning)
Didalam
sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya.
Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu
yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk
berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu
kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan perancangan pembelajaran,
aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik.
Teknik
adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan
satu kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara
menengok dunia dengan meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam
pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik untuk
mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara
teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik “brainstorming”, “Mind
Mapping, simulasi, permaianan dan lakonan.
Teknik
“Brainstorming” satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan
idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan
satu idea yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil
dari teknik “brainstorming” ini, membolehkan kita menggunakan “mind mapping”
untuk menyusun idea-idea tadi dan menghubungkaitkannya.
Simulasi merupakan satu
mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan situasi
yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan
dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran
tentang pengalaman sebenarnya.
Belajar
sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan.
Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai
pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi
kanak-kanak.
Terdapat berbagai cara yang kreatif
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyeronokkan pembelajaran. Apa
yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran agar dapat
menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus
berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan
pelajar.
Sesuatu
kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara
berikut:-
1.
Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2.
Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3.
Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4.
Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5.
Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6.
Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah
yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada
Ini adalah pandangan saya sahaja, terpulanglah kepada individu untuk setuju ataupun tidak.