Tema, unit dan projek
Ketiga-tiga topik diatas penting dalam pembelajaran kanak-kanak.
Topik diatas ada kaitan antara satu sama lain. Diusia ini kanak-kanak rajin
bertanya, oleh yang demikian gunakan peluang ini untuk memasukan pembelajaran
dan pengajaran kepada mereka. Semasa kanak-kanak bertanya soalan, bimbing
mereka untuk menyiasat atau mendalami apa yang dicari dan mendapat jawapan
terbaik.
Projek lebih menekankan fenomena sebenar untuk kanak-kanak
mengkaji, berbanding mengetahui dengan membaca
dari buku. Pendekatan projek lebih menekankan banyak persoalan dari
kanak-kanak; bagaimana pekara itu berlaku?, apakah yang menyebabkan sesuatu itu
berlaku?, apa yang manusia telah lakukan? Apakah peralatan yang diperlukan?,
apa yang berlaku disebalik sesuatu kejadian?.. dan bebagai persoalan akan
timbul dari kanak-kanak ini.
Aktiviti-aktiviti kerja projek
Aktiviti projek dalam dunia kanak-kanak dapat memberi pengalaman baru dan kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran yang ada pada
mereka dan dapat mempelajari pengalaman baru. Kegiatan ini dapat
memberi dorongan semula jadi kepada kanak-kanak untuk menyiasat dunia
sekeliling mereka.
Ia bergantung kepada umur dan skil kanak-kanak. Antara
aktiviti yang berpadanan dengan kanak-kanak ialah melukis, menulis, membaca,
merekod pemerhatian, bertanya soalan kepada mereka-mereka yang berkenaan atau
yang mahir akan projek apa yang akan mereka lakukan.
Segala maklumat yang didapati akan dikumpulkan dan di
analisa serta diringkaskan. Kemudian maklumat ini dibentangkan dalam bentuk
graf mudah, carta, diagram, lukisan, gambar lakaran, pembinaan model,dan
report. Hasil ini akan dipamerkan kepada
ibu bapa, adik beradik, guru dan sesiapa sahaja yang berminat. Antara hasil
projek yang baik kalau dapat dipamerkan secara langsung atau lakonan dimana
kanak-kanak dapat meluahkan sendiri pengetahuan baru yang didapati dan
penggunaan perkataan-perkataan baru,