Aku juga mengambil kesempatan cuti hari ini mengunjungi ibuku yang berada di Bentong. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku bersama suami dan dua orang anak ku, Zaim dan Zahidah, memulakan perjalanan. Aku pun talipon Bentong, nak pastikan mak ada dirumah, rupa-rupanya adiku Nome (Suhaimi) dah sampai dulu.
Selepas saja melepasi Taman Melati, kereta telah mula berderet panjang menujun kearah Bentong. Ingatkan nak cepat, kereta kami berderet bersama-sama di lorong smart tag, alamak. lorong ni lagi terok, kami pun tukar lane ambil lane bayar terus, dan jalan. Memang kereta banyak, laju-laju perlahan, sampai lah ke persimpangan perumahan Sg Marong, baru lega, dan belok ke Kg Baru.
Kombinasi warnanya juga kena, berseri lagi dengan lilin yang berwarna-warni.
Lain kali sapa2 nak birthday boleh tempah dengan R. Mahtra, boleh tak Mahtra? Janganlah mahal sangat, kira2 ok je la.... misti laku nye. Tapi kene kurang kan gulanya.
Jam 12 pm, kami sekeluarga pula bertolak pulang ke KL. Zaim nak gi solat Jumaat kat masjid kat umah je, boleh jumpa kawan2 dia.
Sepanjang perjalanan pulang, kami lihat jalan raya ke arah Bentong masih panjangggg , jem , lagi.

