Monday, March 29, 2010

Bacalah.......

Literasi adalah hak semua kanak-kanak . Ia bukan suatu anugerah kepada kanak-kanak tertentu saja. Tiada seorang pun kanak-kanak yang lahir-lahir sahaja terus pandai menulis dan membaca. Ia adalah hak kanak-kanak yang harus diberi oleh ibu dan bapanya.

Bahasa adalah cara berkomunikasi. Melalui bahasa kita dapat berkata-kata dan mengajar anak-anak kita. Melalui bahasalah kanak-kanak dapat berhubung dengan orang di sekeliling mereka bagi menyatakan perasaan, keperluan dan idea.

Apa yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan anak-anak ini dengan mula berbicara secara perlahan-lahan dengan mereka dan tidak berharap terlalu banyak. Bermula dengan dua atau tiga kata dasar seperti ‘kami’, ‘dan’, ‘yang’ dan lain-lain.

Sebagai permulaannya ibu atau bapa buatlah beberapa keping kad (flash card) yang mempunyai perkataan dan tunjukkan kepada anak anda. Bermainlah kad tunjuk ini bersama mereka seperti main sorok-sorok . Sambil mengeluarkan kad, sebut perkataan yang tertulis dan tunjukkan kepada mereka. Buatlah berulang kali dan berhari-hari, lihat apa akan berlaku.

Lama kelamaan mereka akan memahami dan akan menyebutnya kita tambahkan satu atau dua perkataan lagi dan seterusnya. Ini adalah salah satu cara mudah bagi mereka untuk belajar membaca kata-kata yang lebih sukar di kemudian hari. Ini dapat menjadi penggalak kepada minat membaca anak-anak kita.

Oleh itu ibu bapa perlu menanam rasa cinta kepada buku dan seharusnya ia bermula sejak kecil. Ibu bapa yang punya tabiat suka membaca juga penting sebagai tauladan kepada anak-anak.

Jika anak anda tidak menunjukkan minat, jangan bimbang tentang hal itu. Fokus pada abjad bergambar sambil menyanyi lagu abjad dan tunjukan kad-kad abjad yang berkaitan Kemudian baru masuk kad perkataan. Cubalah berbagai cara yang dapat menarik minat anak itu dan perlahan-lahan mula memperkenalkan buku-buku bergambar kepada anak-anak kita.

Puji-pujian akan dapat menarik mereka atas semua percubaan mereka, Ia dapat memadamkan kekecewaan jika mereka gagal. Membaca adalah sesuatu yang harus dinikmati dan merupakan kemahiran yang anak anda perlu untuk seumur hidup mereka.

Anda dapat membantu memperkembangkan minat membaca yang berkemampuan untuk membuat anak menjadi penulis dan petah berkata-kata.

Thursday, February 25, 2010

Dulu satu, kini dua

Ada kemajuan!!.

Bermula awal minggu ini, kedua-dua cucuku dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak tempat aku bekerja. Minggu depan, maknya dah nak masuk kerja semula, selepas habis cuti bersalin, masuk wad bersalin la semula…hehehe..

Buat minggu ni, dalam proses trial, aku bawa seorang, maknya hantar seorang. Suamiku tidak membenarkan aku memandu dengan dua orang kanak-kanak kecil dalam kereta. Walaupun aku biasa memandu membawa lebih dari 5 orang kanak- kanak, tapi kali ini dia tak benarkan. Isk, isk,isk, bukan kerana cucu dia, tapi kerana kanak-kanak ni dibawah umur… hehehe. Kedua-duanya masih bayi. Umurnya seorang tu dah setahun dua bulan dan adiknya baru berumur dua bulan. Suamiku bukan bimbangkan cucu-cucu merangam, dia risau neneknya yang perutnya selalu meragam. Masaalah!!!. Ish, ish, ish!!! Terpaksalah cari bibik, buat peneman.

Disini ku petik dari laman sesawang Panducermat berkenaan keselamatan pemanduan membawa kanak-kanak dalam kereta.

Keselamatan Dalam Kereta

1. Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

2. Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.

3. Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

4. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

6. Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.

7. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.

8. Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

Tuesday, February 2, 2010

Selepas sebulan tahun 2010

Sebulan telah berlalu untuk tahun 2010. 2010, haha! Sepuluh tahun telah berlalu bagi abad 21 ini. Apa yang telah kita lakukan?Membangunkan atau memusnahkan…..bumi? anak-anak? iman? masa depan? Berbagai lagi.




Sebagai seorang ibu, (ya, telah 27 tahun aku menjadi seorang ibu) sebenarnya mendidik anak-anak ini antara senang dan susah. Kekadang aku juga tidak pasti, betul atau tidak cara aku mendidik, mereka menjadi begitu mungkin kehendak azali, yang telah diaturkan oleh NYA, atau betul cara yang aku guna aku mendidik anak-anakku?

Berbagai teori dalam pendidikan kanak-kanak ini. Banyak buku-buku yang menunjuk ajar bagaimana untuk mendapat anak-anak cemerlang. Dalam pembelajaran ECE, banyak nama-nama pakar dengan teori-teori mereka. Tapi malangnya teori- teori ini kepunyaan bukan muslim dan entahlah.. sesuai ke tak dengan kita ni…Kini, pun telah banyak university dan kolej megadakan kursus pendidikan awal kanak-kanak (ECE).

Cuba perhatikan keadaan masyarakat sekarang, keselamatan kanak-kanak makin kendur. Makin ramai cendikawan ECE makin banyak berlaku kes-kes moral yang membimbangkan. Buka tu je, keselamatan nak keluar rumah juga tak pasti. Mereka keluar ke sekolah, bermaian dan sebagainya, nanti mereka balik tak? Kalau balik, elok tak fizikalnya, takut dibuatnya. Dimana silapnya…….. Hidup mesti diteruskan



Friday, January 1, 2010

Sampai juga ke penghujung, selamat tinggal 2009 dan Selamat datang tahun 2010

Kini kita sedang sibuk membuat persediaan menyambut tahun baru. Sibuknya bukan kerana pesta, tapi menyiapkan persiapan anak-anak untuk kesekolah. Kira-kira ramai jugalah yang menggaru kepala memikirkan persiapan ini. Tak kiralah anak satu ke, ramai ke, gaji besar ke, kecil ke, masalahnya sama, iaitu perbelajaan akhir dan awal tahun.
Satu lagi masaalah besar ialah pemilihan sekolah. Sekolah mana nak dimasukkan anak-anak ini? Sekolah dekat ke, jauh tapi berjenama ke, yang murah ke, atau yang mahal tapi dikenali, dan berbagai-bagailah bendanya yang bermain dikepala.
Prasekolah adalah satu pendidikan tidak formal, untuk anak-anak yang berumur antara empat ke enam tahun. Pendidikan prasekolah menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi akan kehidupan seharian dan juga persediaan bagi pendidikan formal di sekolah rendah.
Kini dimana-mana ada tadika, macam cendawan tumbuh, untung sangat ke perniagaan ni. Entah lah… ikut niat, nak business ke atau nak bantu…. Tak de wang nak bantu cam ne yerk! Terpulang lah…
Oleh kerana macam cendawan tumbuh, terkawal kah oleh kerajaan, cukup ke kakitangan untuk melaksanakan perundangan nye…. Berbagai tadika, berbagai pendekatan, berbagai hala tuju, dan berbagai kurikulum. Oleh demikian, dengan pelbagai acuan, adakah dia menepati kehendak Negara yang sedang membangun, beridentiti Malaysia ke, exam oriented?..., child centred?...
Apa-apa pun, ini semua pemilihan ibubapa… nak yang popular ke…. , yang murah ke…., yang ada subsidi ke….
Pendidikan awal kanak-kanak sememangnya sangat penting, pada peringkat umur inilah yang menentukan siapa mereka……
Jadi… fikirlah sendiri……
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEJAYAAN DI TAHUN 2010.

Monday, December 14, 2009

Sekolah dan masa depan

Keadaan masyarakat kini sangat mengharapkan pendidikan kanak-kanak. Mereka mengharapkan system pendidikan dapat mendisiplinkan anak-anak mereka, berjaya dan akhir cemerlang dalam pembelajaran. Masyarakat adalah tujuan pendidikan itu diadakan dan masyarakat juga adalah penerimanya. Maka dengan itu masyarakat memang mendesak dan mengharap agar perubahan –perubahan kearah kebaikan dan menyeluruh ada didalam pendidikan.
Falsafah pendidikan diwujudkan adalah sebagai garis panduan untuk membina satu system pendidikan di negara kita. Falsafah pendidikan dapat menunjukan arah pendidikan anak-anak kita. Ia dapat membantu guru-guru dan juga pelajar-pelajar. Begitu juga kepada mereka-mereka yang membuat dasar pendidikan itu sendiri.
Pembelajaran adalah satu proses penambahan pengalaman kepada anak-anak kita. Selain dari itu ia juga adalah satu proses social untuk kanak-kanak. Pengalaman bersosial menjadi pendidik yang penting kepada kanak-kanak. Dengan ini , sekolah mestilah menjadi sekolah yang aktif dan dinamik, kerana kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan komunikasi antara mereka.


Masyarakat mahu supaya sekolah dapat menyelesaikan segala pemasalahan yang mereka hadapi. Maka, mereka mengharap akan kewujudan sekolah pintar. Walau apapun, pekara yang lebih penting ialah tugasan guru kini lebih mencabar, dan kena lebih komited. Apa yang penting , sama ada guru, ibubapa, pentadbir ataupun masyarakat, kenalah memperbaharui attitude dan persepsi kearah yang lebih positif supaya kecemerlangan menyeluruh dapat dicapai untuk dekad akan datang.


Adalah lebih tepat lagi, sekolah bukanlah tempat untuk melatih pekerja. Sekolah adalah tempat mendidik kanak-kanak dan pembelajarannya adalah berpusat kepada kanak-kanak itu sendiri (child centred). Sekolah adalah tempat untuk melahirkan modal insan, membantu kanak-kanak berkemahiran dalam membina masyarakat yang bertamadun.

Saturday, November 28, 2009

Penyeliaan dan reformasi

Dalam objektif pendidikan, penyeliaan dan reformasi memainkan peranan penting dalam pendidikan. Sekolah adalah satu unit kecil dalam pendidikan, kini juga menerima impak yang besar dari infrastruktur dan peralatan yang dihadapi masa kini. Kanak-kanak kini perlu mendapat pendidikan seawal mungkin. Maka dengan ini, penyelian dan reformasi adalah perlu untuk meningkatkan peranan guru-guru menjadi pakar atau professional career.
Penyeliaan dan pencerapan kini menjadi satu cabaran yang penting. Penyeliaan menghadapi banyak kesukaran-kesukaran yang ditempuhi. Berbagai cara mencerapan telah dikenalkan, mengakibatkan guru-guru terpaksa menyediakan pelan pengajaran yang mencabar yang sesuai untuk diajarpada murid-murid masa kini. Dalam pada menyiapkan pelan pengajaran terkini, guru-guru akan dapat mengenalpasati kelemahan pelan pengajaran yang lalu dan akan cuba membaiki kepada yang lebih baik.






Akibat dari ini, penyelia dan guru-guru terpaksa menambahkan pengetahuan mereka mengikut trend masa kini. Manakala penyelia pula mestilah lebih berpengetahuan dan lebih berkemahiran supaya dapat mengatasi segala pemasalahan yang dihadapi pada masa kini. Sebagai contoh: menghadapi masalah kurikulum bebas dan alat bantuan mengajar, penyelia mestilah dapat menganalisa standard dan gradingnya. Satu lagi contoh bagi menghadapi kontrovisal isu pengajaran dan kebebasan dalam kelas, penyelia mesti lah berpengetahuan mengenal propaganda dan lain-lain isu informasi. Satu lagi contoh ialah penyelia berperanan dalam membina perancangan sekolah. Penyelia mestilah pakar dalam pelan tindakan dan bijak meramalkan spesifikasi untuk menambah aktiviti dan banyak idea-idea baru yang membina. Penyelia juga mesti berpengetahuan dengan cara-cara terkini untuk mendidik pelajar-pelajarnya. Selain itu penyelia mesti berpengetahuan tentang mendidik anak-anak pintar (talented student).


Friday, November 6, 2009

Sekolah dan proses sosial

Seorang guru seharusnya mempunyai skill berkomunikasi yang baik, terutamanya didalam bilik darjah. Sekiranya tidak, maka proses pembelajaran menjadi kaku dan beku.
Skill ini dapat membantu guru menyampaikan pembelajaran dengan lancar dan terang dan mudah difahami. Pembelajaran, pengetahuan, idea, informasi, dan nasihat dapat disampai dengan baik. Sekiranya tidak, menyebabkan pelajar kecewa dan yang paling rugi ialah proses pembelajaran itu gagal.
Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat secara lisan atau pesanan bertulis. Sekiranya penerima memahami apa yang disampaikan oleh penyampai, bermakna komunikasi itu berkesan. Sebagai seorang guru, memberi arahan dan tunjukajar adalah satu tanggungjawab. Setiap tulisan yang terpampang diatas papan putih disekolah merupakan satu amalan komunikasi. Ia menjadi lebih berkesan jika pelajar menyalin dan memahami maksudnya. Maka dengan itu guru harus dapat mencipta satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam kelas, guru berhubung dengan murid melalui perbualan, penerangan, persoalan, perbincangan, reinforcing and clarifying, mengarah, memberi petunjuk dan bermesra dengan pelajar. Pengkaji telah mengkaji dan mendapati guru berkata-kata lebih kurang satu pertiga dari masa pembelajarannya.
Oleh kerana demikianlah sekolah dikatakan pusat sosial dan pusat pembangunan pendidikan. Disini pembentukan watak dan budaya terjadi. Guru sebagai model yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu kreatif ketika berhubungan dengan pelajar supaya mesej yang hendak disampaikan betul-betul meresap kejiwa pelajar. Kegagalan guru berkomunikasi dengan pelajar menyebabkan segala objektif yang mahu disampaikan gagal dan akhirnya…..
Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana, pusat asuhan, tadika, sekolah rendah, menengah, Universiti ataupun di jalanan. Proses yang pentingsekali dalam pembelajaran ialah sosial dan komunikasi.