Saturday, November 28, 2009

Penyeliaan dan reformasi

Dalam objektif pendidikan, penyeliaan dan reformasi memainkan peranan penting dalam pendidikan. Sekolah adalah satu unit kecil dalam pendidikan, kini juga menerima impak yang besar dari infrastruktur dan peralatan yang dihadapi masa kini. Kanak-kanak kini perlu mendapat pendidikan seawal mungkin. Maka dengan ini, penyelian dan reformasi adalah perlu untuk meningkatkan peranan guru-guru menjadi pakar atau professional career.
Penyeliaan dan pencerapan kini menjadi satu cabaran yang penting. Penyeliaan menghadapi banyak kesukaran-kesukaran yang ditempuhi. Berbagai cara mencerapan telah dikenalkan, mengakibatkan guru-guru terpaksa menyediakan pelan pengajaran yang mencabar yang sesuai untuk diajarpada murid-murid masa kini. Dalam pada menyiapkan pelan pengajaran terkini, guru-guru akan dapat mengenalpasati kelemahan pelan pengajaran yang lalu dan akan cuba membaiki kepada yang lebih baik.






Akibat dari ini, penyelia dan guru-guru terpaksa menambahkan pengetahuan mereka mengikut trend masa kini. Manakala penyelia pula mestilah lebih berpengetahuan dan lebih berkemahiran supaya dapat mengatasi segala pemasalahan yang dihadapi pada masa kini. Sebagai contoh: menghadapi masalah kurikulum bebas dan alat bantuan mengajar, penyelia mestilah dapat menganalisa standard dan gradingnya. Satu lagi contoh bagi menghadapi kontrovisal isu pengajaran dan kebebasan dalam kelas, penyelia mesti lah berpengetahuan mengenal propaganda dan lain-lain isu informasi. Satu lagi contoh ialah penyelia berperanan dalam membina perancangan sekolah. Penyelia mestilah pakar dalam pelan tindakan dan bijak meramalkan spesifikasi untuk menambah aktiviti dan banyak idea-idea baru yang membina. Penyelia juga mesti berpengetahuan dengan cara-cara terkini untuk mendidik pelajar-pelajarnya. Selain itu penyelia mesti berpengetahuan tentang mendidik anak-anak pintar (talented student).


Friday, November 6, 2009

Sekolah dan proses sosial

Seorang guru seharusnya mempunyai skill berkomunikasi yang baik, terutamanya didalam bilik darjah. Sekiranya tidak, maka proses pembelajaran menjadi kaku dan beku.
Skill ini dapat membantu guru menyampaikan pembelajaran dengan lancar dan terang dan mudah difahami. Pembelajaran, pengetahuan, idea, informasi, dan nasihat dapat disampai dengan baik. Sekiranya tidak, menyebabkan pelajar kecewa dan yang paling rugi ialah proses pembelajaran itu gagal.
Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat secara lisan atau pesanan bertulis. Sekiranya penerima memahami apa yang disampaikan oleh penyampai, bermakna komunikasi itu berkesan. Sebagai seorang guru, memberi arahan dan tunjukajar adalah satu tanggungjawab. Setiap tulisan yang terpampang diatas papan putih disekolah merupakan satu amalan komunikasi. Ia menjadi lebih berkesan jika pelajar menyalin dan memahami maksudnya. Maka dengan itu guru harus dapat mencipta satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam kelas, guru berhubung dengan murid melalui perbualan, penerangan, persoalan, perbincangan, reinforcing and clarifying, mengarah, memberi petunjuk dan bermesra dengan pelajar. Pengkaji telah mengkaji dan mendapati guru berkata-kata lebih kurang satu pertiga dari masa pembelajarannya.
Oleh kerana demikianlah sekolah dikatakan pusat sosial dan pusat pembangunan pendidikan. Disini pembentukan watak dan budaya terjadi. Guru sebagai model yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu kreatif ketika berhubungan dengan pelajar supaya mesej yang hendak disampaikan betul-betul meresap kejiwa pelajar. Kegagalan guru berkomunikasi dengan pelajar menyebabkan segala objektif yang mahu disampaikan gagal dan akhirnya…..
Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana, pusat asuhan, tadika, sekolah rendah, menengah, Universiti ataupun di jalanan. Proses yang pentingsekali dalam pembelajaran ialah sosial dan komunikasi.

Friday, October 9, 2009

Pengasuh dan pendidik anak di pusat asuhan dan tadika.

Anak-anak kecil yang dihantar ketaska atau tadika, datang pagi dengan perasaan yang penuh kecewa ditinggalkan oleh ibu dan ayah. Tak kira apa sebab sekalipun, anak-anak ini melihat ibu dan ayah pergi meninggalkan mereka. Lambaian tangan ayah ibu itu terasa bagaikan sebuah bom yang menunggu untuk meletup.
Bermula tugas seorang pengasuh atau seorang guru. Memang banyak teori psychology berkenaan perkembangan kanak-kanak. Bolehkah diikuti semua itu dan bersesuaiankah dengan keadaan semasa itu. Disinilah kebijaksaan pengasuh diperlukan. Ia bukan satu kerja yang senang, kalau anak sendiri, keputusan atas tangan sendiri. Tapi ini adalah satu amanah yang sangat berisiko tinggi yang dihadapi oleh seorang pengasuh ataupun seorang guru. Adakah ibu bapa memahami akan peranan seorang pengasuh atau seorang guru itu? Atau hanya tahu saja. Atau mungkin mereka menganggap “ini tugas kamu, saya bayar, jadi….”.
Wahai pengasuh dan guru kanak-kanak tadika, sebelum kamu menerima tugasan ini, bersedialah kamu akan tanggung jawab ini. Hasil titik peluh tugasan ini pun tak seberapa pula. Apa nak buat, masyarakat kita masih memandang rendah tugasan ini, masih menganggap seperti pembantu rumah. Oleh kerana itulah kamu, wahai pengasuh-pengasuh sekelian, lengkapkan diri dengan ilmu pengtahuan, sehingga kamu boleh dianggap sebagai professional , dan ketika itu baru la…..
Walaubagaimanapun wahai ibubapa, sedikit penghargaan yang diberi kepada pengasuh akan memberi impak yang besar dalam pengasuhan dan pendidikan anak anda.
Tcher Hawa dan tcher Nia diraikan semasa hari jadi mereka oleh anak-anak jagaan mereka.
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat hari jadi Teacher Hawa n Teacher Nia
Selamat Hari Jadi...

Ingatlah pesanan ku....

Wednesday, September 30, 2009

Kedegilan kanak-kanak

Sifat degil adalah salah satu masalah kepada ibu bapa terhadap kanak-kanak. Sefat degil ini bermula seawal kanak-kanak menjejaki umur dua tahun dan akan dibawa hingga ke remajanya.
Antara sebab kanak-kanak menjadi degil ialah:


1. Disiplin yang longgar dan tidak tetap, sesekali keras dan berlembut pada kanak-kanak.
2. Ibu dan bapa dengan cara masing-masing dalam mendidik anak-anak menjadikan kanak-kanak keliru.
3. Kanak-kanak yang keras hati, yang menghendaki perhatian, letih, lapar atau yang terganggu jiwanya.
4. Kanak-kanak yang tidak dihargai dan jarang mendapat pujian atas apa kebaikan yang telah dilakukan.
5. Ibubapa yang tidak menghormati perasaan kanak-kanak yang akhirnya kanak-kanak juga bertindak balas dengan tidak mengendahkan ibubapa.


Antara cara-cara bagi mengatasinya:
1. Dengan membina keakraban melalui masa yang ada atau masa yang berkualiti dan sentiasa ada bila diperlukan .
2. Menjadi contoh yang baik terhadap kanak-kanak dengan bersikap yang positif.
3. Beri mereka kuasa memilih jika dapat, seperti contoh; Tanya kepada mereka, hendak menyimpan buku dalam almari dahulu atau menyimpan mainan dahalu.
4. Jangan terlalu banyak undang-undang.
5. Beri amaran sebelum menguatkuasa undang-undang, seperti; Lagi lima minit kamu semua hendaklah masuk tidur.
6. Sediakan undang-undang mengikut tahap kebolehan kanak-kanak itu.
7. Kenali dan terima perasaan kanak-kanak, seperti dalam kemarahan atau kecewa dalam menurut perintah.
8. Gunakan lebih banyak pujian atau menghargai dalam menggalakkan kanak-kanak berkelakuan positif.
9. Elakkan membebel, mengkritik, mengugut, memalukan dan menjerit terhadap kanak-kanak.


Apa yang harus dilakukan oleh ibubapa bagi menghadapi situasi ini:
1. Bersabar, berkeyakinan dan menghormati kanak-kanak tersebut.
2. Bagi arahan dengan tepat dan sertai dengan contoh-contoh yang positif kepada kanak-kanak.
3. Cari kekuatan dan kebaikannya, dan selalu beri dorongan dan pujian terhadap mereka.
4. Buat carta atas apa kebaikan yang telah dilakukan dan cabarnya untuk menambahkan lagi.
5. Sediakan satu rewards dan penalties yang telah diberitahu kepada anak-anak, seperti jika kamu boleh bermain dengan baik bersama-sama dalam tempuh dua jam ini, mama akan bawa kamu makan-makan diluar, atau, jika kamu tidak dapat menghabiskan kerja rumah itu, kamu tidak dibenarkan menonton TV hingga ke malam.




Kanak-kanak patut dihargai dan dirai, agar emosi mereka sentiasa riang. Ia dapat membentuk personality kanak-kanak tersebut. Salah satu caranya nya ialah mengadakan sambutan hari lahir dan memberi hadiah kepada mereka.
Lihat gambar diatas, Hakimi dan Hakim dirayai pada pagi semalam. Mulanya datang dengan lagu sedihnya, akhirnya Berjaya dipujuk kerana ingin memotong kek itu. Hakim pula datang kesekolah asyik nak tidor aje, akhir dia juga Berjaya dipujuk untuk meniup lilin yang banyak itu.
Adakah ini boleh dianggap sebagai sebagai reward?????




Friday, September 18, 2009

AKU

Kira-kira 52 tahun lalu, dalam kesibukan yang masih terasa menyambut kemerdekaan yang pertama, ditarikh hari ini, lahirlah bayi perempuan ini.
Kira-kira lapan belas tahun kemudian, berhijrah ke Kuala Lumpur , menjadi penjawat awam disalah sebuah institusi penyelidikan.
Bertemu dengan jejaka pilihan dan mendirikan rumah tangga enam tahun kemudian. Setahun kemudian mendapat cahaya mata pertama.






Dalam masa sepuluh tahun mempunyai empat cahaya mata. Dalam usia lima puluh tahun telah mendapat menantu dan setahun kemudian telah bergelar Wan (nenek). Itulah dia “Akubarutahu” atau lebih tepat Norhanam Sulong.


Kini aku baru tahu, dan belajar ambil tahu kehidupan seorang nenek, dan bersedia menjadi warga emas dalam masa lapan tahun lagi (jika umur panjang, Insya Allah) supaya aku bersedia.

Itulah namanya sebuah kehidupan. Empat generasi terukir menjadi kenangan untuk tatapan generasi kemudian. Tanggung jawab kita kini adalah membentuk generasi akan datang. Kehidupan kini yang mencabar, mampukah kita membentuk anak-anak kita lebih baik dari kita? Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita... Amin....





Monday, September 14, 2009

Ramadhan

Kini telah masuk ke fasa ketiga dalam bulan Ramadhan. Telah lebih dua puluh hari kita mengerjakan ibadah puasa. Dah ramai yang dah kurus atau masih ramai lagi yang maintain. Tapi apa yang penting apabila sesuatu itu melebihi dua puluh satu hari, ia telah menjadi satu kebiasan kepada kita.
Ia juga telah menjadi satu kebiasaan kepada kanak-kanak yang telah berpuasa sejak dari hari pertama puasa. Pada mereka tidak merasa satu masalah lagi. Di sini kanak-kanak yang berumur enam tahun keatas semuanya berpuasa. Tiada siapa pun diantara mereka yang merengek kelaparan. Begitu juga bila melihat adik-adik yang kecil makan, mereka juga tidak meminta hendak makan bersama. Semoga sikap ini berkekalan hingga ke dewasa.

Apa yang lebih penting kepada kanak-kanak ini ialah pemahaman mereka berkenaan berpuasa. Berpuasa adalah rukun Islam yang ke tiga. Didiklah anak-anak supaya mereka juga menunaikan rukun Islam kedua, iaitu solat. Beri mereka kefahaman bahawa rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah shahadah. Apabila seseorang muslim itu telah mengucap dua kalimah syahadah, bermakna dia telah bersetuju menunaikan segala yang diperintahkan oleh Allah untuk umat Muhammad. Maka, menunaikan solat itu adalah rukun yang kedua yang harus ditunaikan. Dan kemudian diikuti dengan menunai ibadah puasa. Tidak guna menahan lapar dan dahaga, tanpa menunaikan solat. Semoga anak-anak kita berjaya menamatkan puasa mereka dibulan ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi dengan jayanya. Semoga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan dilindungi Allah. Amin….

Friday, September 4, 2009

Disiplin

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, disiplin menjadi teras yang penting.Tanpa disiplin, kejayaan juga sukar untuk dinikmati. Kita selalu mendengar, bahawa anak-anak yang cemerlang itu adalah mereka yang berdisiplin. Tapi bagaimana kita hendak mendisiplinkan anak-anak kita itu?
Sebagai ibu bapa, kita tanya diri kita sendiri, adakah kita seorang yang berdisiplin? Adakah kita menjaga masa kita dengan penuh disiplin, bagaimana dengan peraturan pejabat, adakah kita mengikuti dengan penuh disiplin? Lihat pula cara kita makan, memandu dan yang penting sekali, solat kita, bagaimana?
Anak-anak yang cemerlang bukannya lahir daripada ibu bapa yang cemerlang. Mereka adalah hasil usaha ibu bapa yang prihatin terhadap kepentingan disiplin. Perbuatan atau tindak tanduk ibu bapa tidak selari dengan apa yang dikehendaki terhadap anak-anaknya. Anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu peraturan mana yang yang harus diikuti. Sikap ibu bapa menjadi contoh kepada kanak-kanak.

Bagi melahirkan anak-anak yang berdisiplin ibu bapa mesti terlebih dahulu berdisiplin. Disiplin penting untuk membina sikap hormat pada diri sendiri dan juga orang lain. Apa yang penting ialah tanggung jawab ibu bapa untuk membimbing anak-anak untuk menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan diakhirat. Fikirkan lah…….