Friday, September 4, 2009

Disiplin

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, disiplin menjadi teras yang penting.Tanpa disiplin, kejayaan juga sukar untuk dinikmati. Kita selalu mendengar, bahawa anak-anak yang cemerlang itu adalah mereka yang berdisiplin. Tapi bagaimana kita hendak mendisiplinkan anak-anak kita itu?
Sebagai ibu bapa, kita tanya diri kita sendiri, adakah kita seorang yang berdisiplin? Adakah kita menjaga masa kita dengan penuh disiplin, bagaimana dengan peraturan pejabat, adakah kita mengikuti dengan penuh disiplin? Lihat pula cara kita makan, memandu dan yang penting sekali, solat kita, bagaimana?
Anak-anak yang cemerlang bukannya lahir daripada ibu bapa yang cemerlang. Mereka adalah hasil usaha ibu bapa yang prihatin terhadap kepentingan disiplin. Perbuatan atau tindak tanduk ibu bapa tidak selari dengan apa yang dikehendaki terhadap anak-anaknya. Anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu peraturan mana yang yang harus diikuti. Sikap ibu bapa menjadi contoh kepada kanak-kanak.

Bagi melahirkan anak-anak yang berdisiplin ibu bapa mesti terlebih dahulu berdisiplin. Disiplin penting untuk membina sikap hormat pada diri sendiri dan juga orang lain. Apa yang penting ialah tanggung jawab ibu bapa untuk membimbing anak-anak untuk menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan diakhirat. Fikirkan lah…….

Saturday, August 15, 2009

Kanak-kanak dan kesihatan

Bila kita sihat, kita selalu lupa bahawa panyakit telah ada dalam diri kita. Kita pun lupa manjaga kesihatan, makan segala yang kita mahu, kebersihan juga terabai. Bila ada rasa sedikit ketidakselesaan baru perasan, baru nak buat pencegahan, sedangkan ketika itu virus-virus sudah bersedia untuk mengambil alih badan kita. Beberapa hari kemudian muncullah ia…
Bagi kanak-kanak setelah lima hari lebih kurang baru nampak ia tidak lagi aktif, selsema atau pelbagai penyakit telah bertapak dibadannya. Kemudian proses perpindahan berlaku, habis satu keluarga dan seterusnya…. Ini semua adalah kerja virus yang bijaksana-bijaksini.
Apa yang penting ialah menjaga kebersihan persekitaran. Tapi, inilah masalahnya, sikap tak ape…….
Adakah benar jika kita sihat, kita akan selamat dan tidak akan berjangkit dan jatuh sakit. Ia memang, benar, tapi apabila daya ketahanan badan kita menurun, dengan cepat virus mengambil alih badan kita.
Dimana-mana kita pergi sekarang, mungkin terdapat virus H1N1. Bagi yang mempunyai daya tahan yang kuat, mungkin hanya dapat deman biasa, tapi bagi mereka yang mempunyai lemah, dan kanak-kanak virus ini akan cepat bermaharaja lela, mengambil alih tubuh badan mereka. Kanak-kanaklah yang mempunyai peratus yang tinggi untuk dijangkitinya. Walaubagaimanapun, masih ada cara atau langkah yang membolehkan kita mengawal kembali badan kita. Segeralah berjumpa doctor.Dalam keadaan sekarang adalah lebih baik menggelakkan anak-anak anda dari keluar rumah bermain ataupun berjalan dimana terdapat ramai orang, terutama di kompleks seperti pasaraya dan sebagainya. Jika mereka sakit, cepatlah mendapatkan rawatan. Beri ia rehat secukupnya, jangan menghantarnya kesekolah, mungkin ia akan menjadi pembawa atau paling teruk, ia akan bertambah sakit kerana disekolah terdapat berbagai jenis virus lagi. Galakkannya meminum air dengan banyak, kerana dehydration adalah penyebab utama pada selsema. Biarkan ia berehat secukupnya... AMIN!!!!

Monday, August 3, 2009

Satu perjalanan


Kegembiraan tak dapat digambarkan. Tiada memikirkan apa-apa pemasalahan. Dapat meniup lilin diatas kek menjadi kebangaan. Keseronokan mendapat banyak hadiah. Itulah kanak-kanak. Tahukah mereka bahawa mereka semakin berumur? Apa bezanya umur 4, 5, 6 tahun… Bagi yang telah 6 tahun, yang mereka tahu tak lama lagi mereka akan masuk sekolah budak besar.
Bagi ibubapa, kerisauan mula mengganggu. Anak aku dah boleh membaca ke? Dah pandai tulis ke?. Apalah tadika tu, macam tadika kemas je? Hari-hari nyanyi, nyanyi je? Jumpa guru, nyatakan ketidakpuasan hatinya… bayar mahal, sekolah berjenama, tapi anaknya masih tak berhasil juga. Dimana salahnya?
Kepada pembaca, saya juga ingin bertanyakan pendapat anda. Begitu juga dengan cadangan-cadangan yang membina. Kanak-kanak adalah pewaris kita. Mereka juga adalah pemimpin masa hadapan. Bumi ini ditangan mereka. Bagaimanakah mereka membentuk kehidupan masa hadapan. Kearah manakah yang menjadi pilihan mereka?

Kita kena ingat, kearah mana tujuan mereka, kitalah ibubapa, guru, pemimpim dan masyarakat disekeliling mereka yang menunjukan jalan itu. Fikirkanlah…….

Ini Putri Alya, Jumaat lalu genaplah umurnya 6 tahun. Sudah boleh membaca BI dan BM. Dalam umur begini, mereka perlukan pendedahan terhadap perbendaharaan bahasa, tak kira BM atau BI, baru mereka dapat memahami apa yang dilalui sepanjang kehidupan mereka. Keep it up Alya.


Masa berlalu, anak yang kecil membesar, menjadi siswazah, berkerja akhirnya jatuh cinta dan kawin. Bermula satu lagi pusingan hidup manusia dibumi ini.
Ini Mahirah, sedang makan beradap dihari persandingannya semalam, 2 ogog 2009. Kepada Mahirah dan pasangannya, ‘Arif, mak cik sekeluarga mengucap selamat penganatin baru semoga berkekalan hingga keanak cucu… amin…..

Monday, July 20, 2009

Proses belajar membaca dan menulis (cont)

Pandai membaca dan menulis adalah satu pencapaian asas kearah pembelajaran bagi kanak-kanak. Ada kanak-kanak belajar dari secara semula jadi tanpa sebarang masalah. Manakala sebahagiannya pula melalui satu proses yang yang amat memenatkan. Walau apa cara sekalipun, kepadaian ini memerlukan kemahiran untuk kanak-kanak ini Berjaya.
Belajar membaca dan menulis adalah satu proses yang kompleks. Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak mereka untuk mengajar kemahiran ini. Sokongan moral dari ibu bapa sangat penting dimana ia dapat menggalakkan anak-anak memberi tumpuan kepada latihan ini.

Ibu bapa perlu peka kepada perkembangan anak-anak mereka. Pengesanan awal akan dapat membantu perkembangan seterusnya.
Dalam proses pembelajaran, terutama membaca dan menulis dapat dikesan melalui tanda-tanda berikut:
· Berminat bermain dengan buku-buku dan majalah-majalah. Kanak-kanak akan berpura-pura membaca bagaikan seseorang yang mahir.
. Dengan mengingati apa yang telah diceritakan kepadanya dalam sesebuah buku cerita, kanak-kanak akan membaca buku tersebut, menunjuk dengan jari seperti mana buku itu dibacakan untuknya.
· Kepercayaan kanak-kanak yang mengatakan kanak-kanak yang pandai membaca adalah hebat, menyebabkan timbul rasa keinginan mereka menjadai seperti itu.
Ibubapa harus memberi peluang menggalakkan anak-anak mereka dengan menyediakan peluang kearah yang ditunjukan oleh kanak-kanak ini. Anak-anak juga harus tau bahawa ibubapanya bersedia membantu mereka. Perlulah disediakan segala peralatan seperti buku kanak yang bergambar, contoh-contoh huruf dari plastic, nombor, buku tulis, pensil, warna, playdough dan sebagainya.
Proses ini sebenarnya membenarnya mempunyai beberapa peringkat. Adala tidak elok untuk melangkah atau mencari jalan cepat dalam mengajar membaca dan menulis. Ini adalah kerana proses pembelajaran memerlukan masa dan kesalahan juga adalah satu proses pembelajaran. Kesalahan menunjukkan anak ini masih belum bersedia untuk melangkah keperingkat seterusnya. Banyak salah bermakna banyak pengalaman anak ini tempuhi.
Tekanan dari ibubapa untuk mempercepatkan proses pembelajaran hanya akan menyebabkan anak-anak akan tertinggal banyak peringkat dan dari segi emosi, hanya membuatkan anak-anak ini tertekan dan seperti ketakutan (anxious) menjadi tidak pandai.
Seperti kata pepaah:
“Anak-anak BELAJAR membaca ditahun pertama, akan diikuti mereka membaca untuk BELAJAR”

Saturday, July 18, 2009

Persediaan belajar membaca dan menulis

Bermula dengan membaca, kemudian kanak-kanak akan mula belajar menulis. Secepat mana kanak-kanak dapat memahirkan diri dengan skil menulis adalah bergantung pada kematangannya dan juga cara atau teknik yang digunakan ketika mengajarnya.
Kanak-kanak memerlukan pendedahan yang luas dalam bidang bahasa sebelum dapat kemahiran membaca dan menulis. Ini adalah kerana ia memerlukan skil yang tinggi untuk menukarkan bahasa pertuturan kepada isyarat grafik atau isyarat tulisan.
Kanak-kanak ini perlu dilatih untuk mengikut arahan, duduk dikerusi dalam jangka masa tertentu dengan penuh perhatian. Tetapi apa yang lebih penting ialah kanak-kanak ini mesti berminat untuk belajar membaca dan menulis.
Apa yang lebih penting ialah kanak-kanak ini telah dilatih cukup dari segi fizikal ia itu motor halusnya dan kematangan neurologi, supaya koordinasi antara otak dan otot-otot yang berkenaan dapat berkerjasama. Cara memegang pensil itu penting supaya ia dapat mengawal pergerakan untuk membuat garisan lurus. Pengecaman juga sama penting bagi mengenal bentuk sesuatu huruf. Mengenali bentuk dan bunyi adalah satu percantuman yang akan membawa kepada suku kata dan seterusnya satu perkataan, yang akhirnya membawa kepada satu ayat.
Apabila kanak-kanak telah memahirkan diri dalam pembacaan dan penulisan ia akan menjadi motivasi yang dapat melonjakkan pengalaman yang positif terhadap pembelajaran.

Friday, July 10, 2009

Persediaan untuk belajar menulis

Menulis adalah tanda atau kod grafik mewakili sesuatu bahasa. Untuk belajar membaca dan menulis, kanak-kanak perlu pendedahan yang secukupnya terhadap bahasa yang ingin dipelajari. Ia juga memerlukan tingkatan kecekapan dan kematangan yang baik untuk bersedia belajar dan mengikut arahan, dengan penuh tumpuan dan duduk menghadapinya. Dengan lain perkataan, kanak-kanak tersebut perlu minat atas apa yang dipelajarinya.

Menulis memerlukan pergerakan motor halus yang baik bersama koordinasi antara otot jari, mata dan otak. Kanak-kanak tersebut memerlukan kecekapan memegang pensil dengan betul dengan membuat garisan lurus dan mengawal pergerakan pensil. Mereka juga harus mengenali huruf melalui bentuk dan bunyinya dan pertemuan dua huruf akan menghasilkan bunyi yang lain. Dari setiap percantuman setipa huruf akan membawa kepada perkataan dan terus kepada ayat.


Bila kanak-kanak dapat merasa keseronokannya dalam aktiviti ini, ia akan menjadi motivasi yang baik untk mereka terus membaca dan menulis. Ia dapat membuat kanak-kanak tersebut mendapat pengalaman yang seronok dan terus menulis untuk mendapat kepuasan.

Tuesday, July 7, 2009

Mengenali kanak-kanak istimewa (Gifted child)

Penting bagi kita mengenali kanak-kanak istimewa ini bagi membantu kepintaran, ingin tahu dan kehendak yang sesuai dengan mereka. Biasanya potensi kanak-kanak ini terbiar begitu saja. Sebenarnya mereka bukanlah bijak pandai dan berpengetahuan biasa sahaja. Tidak semestinya mereka pandai bermain piano, pada umur 2 tahun, pandai bercakap berbagai bahasa pada umur 3 tahun. Cuma mereka adalah kanak-kanak yang cepat belajar dan berkemampuan lebih dari biasa terhadap sesuatu pekara.

Antara ciri-ciripada kanak-kanak istimewa ini ialah:-

· Biasanya mereka boleh mula berjalan dan bercakap antara umur setahun.
· Mereka akan cuba menggunakan bahasa yang biasa digunakan oleh orang dewasa.
· Mereka mudah memahami dan mengingati sesuatau pekara yang diberi.
· Mereka dapat menghasilkan banyak idie-ide dan penyelesaian masalah.
· Mudah berjenaka.
· Ingintahu menyebabkan banyak soalan yang ditanyanya.
· Bimbangkan masalah dunia
· Sangat suka membaca.
· Suka permainan yang mencabar.
· Suka memimpin.
· Membuat sesuatu kerja dengan penuhperhatian hingga selesai.
· Mempunyai pertimbangan yang tinggi, tetapi selalu tidak berpuas hati atas apa yang telah dihasilkan.
· Suka membuat kerja bersendirian tanpa meminta bantuan.
· Tidak boleh terima penolakan dari kawan-kawan


(Dipetik dari buku ‘How to stimulate your child intelligence –Reader’s Digest)