Sunday, May 10, 2009

Cuti hari Wesak

Semalam, hari Sabtu, cuti am, cuti hari Wesak. Sepatutnya tiada kelas untuk ku, tapi malangnya Pn Normah telah meminda kelas hari Ahad telah dipinda pada hari Sabtu, dan telah mendapat persetujuan satu kelas kecuali aku dan beberapa peserta cina. Pn Normah terpaksa meminda kelas kerana ia terpaksa menguruskan satu lagi kursus diluar KL. Maaf, Pn Normah, saya terpaksa poteng kelas hari ini kerana saya juga terpaksa keluar dari KL untuk menghadiri perkahwinan adik sepupu saya, dan saya pun telah berjanji.
Ini Zura, pengantin baru. Manis sekali. Cantik anak Mak Teh ni, kan. Hari ini hari yang bersejarah baginya kerana hari ini hari perkahwinan nya dengan Epol. Selamat pengantin baru Zura n Epol.





Inilah mak penganti, Mak teh. Mak Teh pun lawa juga, tengoklah tu, senyumannya melerek, dapat menantu.

Hidangan makanan nya sungguh menyelerakan. Sedap sungguh, makan makanan kampong. Tak rugi jalan jauh-jauh. Pedasnyapun boleh tahan....

Inilah Rizal, adik pengantin. Dia pun dah jemput kita untuk majlisnya, pada bulan June ini.


Alamak! tak sempat nak ambik gambar Piza, kakak pengantin. Jumpa saudara-saudara yang lama tak jumpa, riuh rendahlah. Piza pun dapat adik ipar, sibuk la kesana kesini. Maaf ya, Piza, akak tak sempat ambil gambar kamu!. Jangan marah.............



Ini pula, pangkat makcik dengan kami, kami pangginya "Ani" saja, sebab muda dari kami. Dia ni adik pada mak pengantin, adik Mak teh.











Ini Ani, sepupu juga. Selepas kerumah pengantin, kami singgah kerumah Ani pulak, dekat pantai Batu Itam. Janganlah besedih kak Ani, yang pergi tetap pegi. Yang hidup kena teruskan kehidupan. Bersabar banyak-banyak. Ini lah dugaan dari Allah.


Ini satu lagi sepupu, memang dari kecil kami suka bergaduh!! ala anak -anak memang begitu. Sekarang ni Eton dah mentap kat Seremban, asyik-asyik belik seremban.
Apa kono kau ni, daro.
Eton ni mulut nya riuh juga, terhibur juga kak Ani tu.



Ini adik ipar Zaiton, namanya Zemah. Dia isteri kepada Mizal, adik eton.











Ini Cu Kiah, Dia adalah adik kepada Arwah ayah ku. Mereka sekeluarga datang ke Kuantan untuk melihat perkahwinan, Zura,...








Yang baju kuning tu lah adik eton, Mizal. Yang sebelah tu pula adalah anak pak dan Mak Cu kiah, Kalu tak silap namanya, Mohd Sharif Fizal. Dia ni aku tak dapat mengingati nya masa kami kecil-kecil dulu.



Inlah isterinya, kami panggilnya Hanny saja.











Ini pula Ros, juga anak mak cu,







Ini pula wati, maaf ya dik, akak ni lama dah jumpa kamu. Wajah pun tak dapat ingat. Tu la sebaknya akak ambil gambar ni, buat kenangan








Ini kamu juga kan, wati.
Betulkan?




Yang duduk tu, isterinya Moin, Nama Ani jugakan




Ini pula Moin, tadi tu gambar isterinya.
Lupa !!! satu lagi, mana manan?
Dia tak hadhir ka t umah Kak Ani.





Atas permintaan ibu ku, gambar ini diambil untuk kenangan. Barisan belakang, dari kiri Kak Ani, Moin dan Eton. Manakala barisan depan, dari kiri, Cu Kiah dan Ibuku







Friday, May 8, 2009

Ibu, oh ibu

Setiap hari Jumaar, kanak-kanak di Tadika Anugerah Cemerlang, akan membuat aktiviti lukisan atau kreativiti.
Ya, sempena hari ibu akan disambut pada hujung minggu ini, kami menggalakkan kanak-kanak membuat kad ucapan untuk ibu mereka.
Azim dan Afrinah tengah memikirkan apa lagi yang hendak di buat dengan kad mereka.



Tengok!! Nafis begitu berhati-hati memotong kertasnya, nanti koyak dah tak dapat bagi kat mama.



Athirah sedang menggunting kad nya. Aiman termenong lagi!!


Apa lagi nak tulis ya!!... Susahnya, tak de idea la. Ingat betul-betul, Azim apa Zaim nak tulis kat kad mama?...

Ian pun tak de idea ke, kena tanya teacher Hanam...
Teacher Indra kan ada!! Tanya lah dia.



Dah cantik ke Hakimi? kena tulis nama pula.









Betul Anas, lipat dan tekan kuat-kuat, betul tak Nafis?








Ok, kanak-kanak, tengok macam mana teacher buat, nanti buat pada kad kamu.

Lipat macam ni, tekan kuat-kuat, sampai nampak garisannya. Faham tak Ian?


Betul tu, Aiman, Athirah dah siap?



Bila dah lipat gunting kat garisan ini. Tengok betul-betul. Kan dah kata, teacher Indra akan tunjukkan bagaimana.
Balik semula pada Azim, dah potong dah? buka dan lihat






Masih fikir lagi ke?



Ini kanak-kanak 4 tahun pula.






Biasanya kanak-kanak 4 tahun ni, Teacher yang kena buat banyaknya. Kanak-kanak trace aje


Cantik tak? separuh dah siap separuh lagi dalam proses.



Eaaa, Aisyah punya dah siap, cantikkan?





Hawa masih 'blur" lagi











Teacher, macam mana ni, nak lukis apa lagi?Bunganya belum abis gam lagi





Gam dekat sini, kat batang dia, kata Aisyah

Aisyah dah nak siap dah, cantik kan!!!






Selamat hari ibu, juga kepada ibu ku, Siti Habsah Sujak, saya sayang mak, tapi tak pandai nak luahkan, nak beli hadiah pun, tak tahu apa nak bagi. Yang penting, aku cuba jadi anak yang soleh demi kesejahteraan mu, Amin!!
Begitu juga kepada kakak ku , Ati dan adik-adik perempuanku, Noi dan Mawa, ipar-iparku, kak Bi, Jamaliah, Sarimah, dan Mahtra, SELAMAT HARI IBU
(atau nenek , sebab tak lama lagi syg sorang tu akan join nenek club, hahaha), dan anakku, Rina
Tak lupa juga untuk ibu kepada semua anak murid ku, di Tadika Anugerah Cemerlang.
Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu

Friday, May 1, 2009

Selamat manyambut hari pekerja

Sempena menyambut hari pekerja, aku mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada pekerja-pekerja Malaysia, terutama kepada kakitangan Anugerah Cemerlang, ibubapa kepada anak-anak yang kami didik, dan semua rakyat Malaysia. Juga aku mengucapkan selamat bercuti bersama keluarga.
Aku juga mengambil kesempatan cuti hari ini mengunjungi ibuku yang berada di Bentong. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku bersama suami dan dua orang anak ku, Zaim dan Zahidah, memulakan perjalanan. Aku pun talipon Bentong, nak pastikan mak ada dirumah, rupa-rupanya adiku Nome (Suhaimi) dah sampai dulu.
Selepas saja melepasi Taman Melati, kereta telah mula berderet panjang menujun kearah Bentong. Ingatkan nak cepat, kereta kami berderet bersama-sama di lorong smart tag, alamak. lorong ni lagi terok, kami pun tukar lane ambil lane bayar terus, dan jalan. Memang kereta banyak, laju-laju perlahan, sampai lah ke persimpangan perumahan Sg Marong, baru lega, dan belok ke Kg Baru.
Sampai je di Bentong, Nome telahpun keluar menyambung perjalanan. Isteri Nome, Raja Mahtra, memint aku merasai Kek yang dibuatnya sendiri untuk menyambut Hari Jadi emak.
Inilah Kek nya, cantikkan?
Kombinasi warnanya juga kena, berseri lagi dengan lilin yang berwarna-warni.
Rasa nya sangat manis, sedap juga la.
Lain kali sapa2 nak birthday boleh tempah dengan R. Mahtra, boleh tak Mahtra? Janganlah mahal sangat, kira2 ok je la.... misti laku nye. Tapi kene kurang kan gulanya.



Jam 12 pm, kami sekeluarga pula bertolak pulang ke KL. Zaim nak gi solat Jumaat kat masjid kat umah je, boleh jumpa kawan2 dia.
Sepanjang perjalanan pulang, kami lihat jalan raya ke arah Bentong masih panjangggg , jem , lagi.


Ini gambar-gambar yang ku rakam sepanjang perjalanan pulang.

Memang panjang jemnya, macam orang balik untuk berhari raya pula rasanya. Banyak kereta yang "over heat" tersadai ditepi jalan.

Pembahagi jalan telah menutup pemandangan gambarku.














Dah nak sampai tol pun kereta masih berderet panjang lagi.



Lepas kami bayar tol pun masih panjang kereta berderet untuk bayar tol dan join "the jam"








Aku juga mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Hari Jadi, Mak" Semoaga mak selalu sihat, dan jauh dari penyakit, dan semoga sakit lutut mak di pulihkan ALLAH, Amin.

Putri Aisyah dan Azziq

Hari ini 1st May,2009. Untuk adik Putri Aisyah, selamat hari jadi yang ke 4 tahun. Besok pula 2nd May, 2009, selamat hari jadi Azziq, juga 4 tahun, rakan sekelas. Walaubagaimanapun, kita dan menyambutnya di sekolah, semalam, bersama kawan-kawan kan, sebab hari ni cuti.


Ini kek untuk Putri Aisyah, ada 4 lilin tu

Dan ini kek untuk Azziq, juga 4lilin, nanti tiup kuat-kuat ya!


Happy birthday to you!
Happy birthday to You!
Happy birthday to Putri Aisyah n Azziq, Happy birthday to both of you!!



Cepat tiup, tiup kuat-kuat kalau tak ramai yang nak tolong.




Putri Aisyah dan Azziq sedang potong kek, tekan kuat-kuat Aziq..







Teacher Indra menyampaikan hadiah sumbangan Sekolah untuk Azziq





dan juga untuk Putri Aisyah





Bergambar untuk kenangan, senyum lah Aisyah. Aisyah nampak sedih je. Tak best agaknya bila dah jadi budak besa.... tu la yang agaknya difikirkan.









Kawan-kawan bergembira menyanyi dan menari sempana menyambut hari jadi Putri Aisyah dan Azziq. Anas goyang la!!, tengok Syameel, dah pandai da..






Kawan-kawan lain, Azim, Athirah, Syasya, Dzaffrian, Hakimi dan Alya pun nyanyi dan menari. Sambil menyayi dan menari, sebenarnya teacher ajar bahasa, iaitu supaya dapat menyebut dengan betul dan menambah perbendaharaan kata, manakala manari pula ialah pergerakkan fizikal untuk membina perkembangan otot. Apa-apa pun kedua-duanya penting untuk perkembangan minda. Aktiviti ini juga dapat memperkembangkan sosio-emosi mereka. Ia adalah satu pengalaman yang akan mempengaruhi kehidupan mereka.

TERIMA KASIH, AISYAH!TERIMA KASIH AZZIQ!
Tengoklah mereka begitu seronok dapat jajan yang diberi oleh Aisyah dan Azziq.