Wednesday, June 24, 2009

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak

Apa(what) itu perkembangan menyeluruh?
Perkembangan menyeluruh adalah perubahan yang dapat dilihat dengan jelas dalam proses bayi dan kanak-kanak membesar meliputi 4 aspek utama, iaitu perkembangan fizikal, perkembangan bahasa, perkembangan kognitif dan perkembangan sosio-emosi.
Perkembangan fizikal – perkembangan tubuh badan dari kepala hingga kekaki. Ia merupakan perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
Perkembangan bahasa – perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindakbalas kepada stimuli.
Perkembangan kognitif – keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.
Perkembangan Sosio-emosi – keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Setiap kanak akan mengalami perasaan ego –centrism, dimana ia menganggap dunia ini apa yang ada disekelilingnya. Dia memerhati keadaan sekeliling dan cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan bersama keluarga, budaya dan cuba memahami kehendak persekitarannya.


Untuk apa (why) mengetahui perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
1. Dengan mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak , maka senanglah ibu bapa atau pengasuh mengenal pasti kedudukan atau kebolehan kanak-kanak. Dengan ini dapat mengelakkan mereka mengharap lebih dari apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.
2. Mengenali bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. Ibu bapa dan pengasuh hendaklah menyesuaikan aktiviti dan rangsangan mengikut ciri dan dan kebolehan kanak-kanak itu.
3. Ibu bapa dan pengasuh boleh merancang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak juga aktiviti yang akan membawa kanak-kanak ke peringkat atau tahap seterusnya.
4. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah merangkumi keempat-empat perkembangan.

Bagaimana (how) menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak ini.
Samaada di rumah atau di Taska, adalah digalakkan melakukan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak ini. Apakah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan?. Contoh; kanak-kanak yang baru dilahirkan hingga 1 bulan pertama. Kebolehannya ialah;
ü Tidur sepanjang masa
ü Kepala tidak boleh tegak sepanjang masa
ü Terkejut, bergolek dan menggerakkan tangan kesemua arah
ü Jari menggenggam rapat
ü Kepala menoleh kearah yang menyentuh pipi dan mulut.
Aktiviti yang dicadangkan ialah:
Ø Tepuk tangan, petik jari di telinga
Ø Bunyi loceng, kelentong
Ø Berikan bayi menggenggam jari kita atau letakkan kelentong di atas tangan bayi
Ø Tepuk pipinya perlahan-lahan
Ø Berikan susu ibu.
Sebelum membuat sesuatu aktiviti bersama-sama kanak-kanak, pastikan dahulu anda tahu apa yang telah kanak-kanak iatu ketahui. Sekiranya aktiviti yang hendak dilakukan itu telah diketahui, berkemnungkinan kanak-kanak itu akan merasa bosan dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya dan akan menggagalkan objektif anda.

Rekod-rekod yang perlu ada di Taska

Apabila Taska telah diluluskan, maka Taska perlu mengikuti segala peruntukan yang telah disediakan. Antaranya ialah Akta Taska 1984, Peraturan Taska (Institusi) 1985, Peraturan 7. Ini adalah penting kerana dalam Peraturan 7, Penyelia perlu menyelenggarakan dan menyimpan rekod-rekod Taska, antaranya seperti:
· Rekod pekerja
· Rekod Kanak-kanak
· Rekod Pengurusan Taska.
Rekod pekerja mengandungi:
o Rekod peribadi
o Rekod kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Perlantikan/gaji/Intensif
o Rekod Cuti
o Rekod Latihan

Rekod Kanak-kanak
Kedatangan kanak-kanak perlu direkod setiap hari. Penyelia dan pengasuh dapat mengetahui dan memastikan bilangan kehadiran kanak-kanak dan sebab-sebab ketidakhadiran. Mereka juga dapat merancang jadual dan tugas pekerja dan memasti serta menjamin kegiatan taska berjalan dengan licin serta bilangan pekerja mencukupi dengan bilangan kanak-kanak.
Pengasuh-pengasuh perlu mengetahui latar belakang kanak-kanak dibawah asuhannya, siapa yang bertanggung jawab menghantar dan mengambil kanak-kanak dan menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut. Pengasuh juga perlu mengetahui siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.
o Rekod Peribadi
o Rekod Kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Kemajuan/Perkembangan
o Rekod Hasil Kerja
Rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak adalah perlu bagi mengikuti perkembangan menyeluruh kanak-kanak tersebut. Penyelia juga dapat merancang kegiatan menyeluruh kanak-kanak seterusnya. Bagi pengasuh pula dapat mengetahui maklumat jasmani kanak-kanak seperti tinggi, berat dan sebagainya. Selain corak pemakanan serta pemilihan makanan yang sesuai, pengasuh juga dapat melihat tahap pencapaian kanak-kanak mengikut peringkat umur, kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Setiap aktiviti member input yang baik kepada kanak-kanak.
Rekod Pengurusan Taska
o Inventory barang-barang mengikut setiap bilik
o Rekod Kewangan
o Rekod Aktiviti Harian
o Rekod Menu
o Rekod Penglibatan Ibubapa
o Rekod Latihan Kebakaran
o Buku Pelawat
o Buku Pegawai Berkuasa
o Peraturan Taska
o Buku Perancangan Tahunan/bulanan/mingguan.
Dengan rekod-rekod yang lengkap dan terperinci pengusaha taska akan dapat merancang dan menguruskan taska secara professional. Penyelia juga dapat merancang aktiviti tahunan, bulanan dan mingguan secara lebih terperinci. Aktiviti dan latihan untuk pekerja juga dapat dirancang dengan baik. Begitu juga sekiranya berlaku masalah dan kecemasan penyelia dapat menghubungi pihak-pihak yang berkenaan
.
Rekod-rekod ini mesti disimpan dengan baik kerana rekod-rekod ini akan diperiksa oleh Ketua Pengarah JKM atau pegawai yang diberi kuasa pada masa yang munasabah.

Macam mana nak buat business Taska.

Langkah pertama, pastikan rumah yang hendak dijalankan perniagaan ini adalah rumah tepi atau banglow. Maksudnya mesti ada laman disekelilingnya. Bila dah ada rumah tempat untuk kanak-kanak tinggal, bolehlah pergi memohon mendaftar nama Taska, dengan Pendafar perniagaan. Nama Taska wajib dalam bahasa Malaysia. Kemudian pergi ke JKM untuk mendapat surat sokongan pilihan nama Taska di JKM, dan bawalah slip yang diberi oleh pendaftar perniagaan sekali. Kemudian setelah dapat surat sokongan dari JKM, pergi sekali lagi ke pendaftar perniagaan bagi mendapat Sijil Perniagaan bagi nama Taska.

Bila dah dapat Sijil Perniagaan, pergi sekali lagi ke JKM, untuk mendapat surat sokongan kepada 3 agensi teknikal dan membeli buku panduan TASKA. Pemohon perlu menghantar surat sokongan kepada 3 agensi teknikal ini untuk diproses. Agensi-agensi itu ialah; Jabatan Kesihatan, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) {ini yang masalah ni} dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Setelah pemohon mendapat kelulusan dari 3 agensi teknikal, bolehlah dimajukan permohonan kepada JKM (unit TASKA dan Pusat Jagaan). Kemudian tunggulah kelulusan.

Taska dan Perundangannya.

Taska diertika sebagai premis yang mempunyai 4 orang kanak-kanak dibawah umur 4 tahun atau lebih dari isi rumah diterima masuk untuk dijaga dan dibayar upah. Maknanya nenek-nenek yang menjaga cucu-cucunya, saja suka-suka melebihi 4 orang kanak-kanak tidak dikira Taska. Tetapi nenek boleh jadi usahawan, jika menjaga anak kepada anak-anaknya, dan dibayar upah boleh buka Taska. Mula dengan cucu sendiri dulu, kemudian buka untuk anak-anak jiran. Manalah tahu, boleh dapat hasil yang lumayan, insya Allah. Kan sekarang nak ambil pembantu rumah dah susah. Sekurang-kurangnya dapat juga kita membantu orang lain, sambil bantu diri sendiri. Bila dah ramai melebihi 9 orang kanak-kanak bolehlah berfikir untuk mendaftarkan diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk mendapatkan lesen. Macam mana? Bacalah seterusnya.
Didalam Akta dan peraturan TASKA, yang dipanggil TASKA dirumah ialah yang mempunyai kanak-kanak kurang dari 10 orang dan mengikut Seksyen 5 (a), ia perlu dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Manakala yang melebihi dari 10 orang kanak-kanak, mengikut seksyen 5 (b) wajib berdaftar dengan JKM. Dalam seksyen 6 (1), adalah berkenaan tiada boleh menjalankan TASKA tanpa daftar dan seksyen 6(2), orang yang melanggar seksyen (1) adalah satu kesalahan.
Seksyen 7 (1) ialah berkenaan permohonan pendaftaran Taska kepada Ketua Pengarah JKMM. Seksyen 7(2) Ketua Pengarah boleh mendaftar atau engan mendaftarkan sesuatu permohonan Taska. Manakala seksyen 7 (3), Ketua Pengararah JKMM boleh atau enggan mendaftarkan sesebuah Taska.
Seksyen 8 adalah berkenaan Terma-terma dan Syarat-syarat Pendaftaran. Seksyen 8(a) berkenaan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk. Seksyen 8(b) berkenaan pekerja mestilah yang layak dan sesuai. Manakala seksyen 8(c) berkenaan kakitangan yang berkelayankan dan berpengalaman dan seksyen 8(d) adalah berkenaan Taska hendaklah dilengkapi dan disenggarakan dengan secukupnya dan sesuai. Jadual aktiviti harian dan menu yang bersesuaian terkandung dalam seksyan 8(e). Seksyen 8(f) berkenaan pematuhan syarat-syarat struktur bangunan pencegahan api, kesihatan dan keselamatan. Seksyen 8(g) pula adalah lain-lain syarat yang diadakah oleh Ketua Pengarah JKMM.
Pembatalan pendaftaran adalah dalam seksyen 12. Dalam seksyen 12(a) adalah berkenaan pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan. Seksyen 12(b) berkenaan kegagalan memberitahu apa-apa perubahan selain yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran. Jika pemohon disabitkan dengan apa-apa kesalahan keburukan akhlak terkandung dalam syeksen 12(c). Syeksen 12(d) menceritakan berkenaan Taska yang tidak menjalankan aktiviti lagi atau tidak ujud atau tiada.

Friday, June 19, 2009

The beauty and the beast

Sosio-emosi

Sejak dari lahir kanak-kanak akan mengalami porses sosialisasi. Dari seusia 0 hingga 30 hari bayi telah berkemahiran untuk berinteraksi. Mereka boleh menunjukan keperluan dan ketidakselesaan mereka dengan memberi reaksi terhadap ibubapa atau pengasuhnya. Bayi perlu merasa selamat dan kemudian akan menunjukan ‘attachment’ atau ‘bonding’ kepada pengasuhnya utamanya.

Proses sosialisasi berlaku dipersekitarannya. Pengalaman yang diperolehi dari proses sosialisasi ini akan mencapai perkembangan emosi kanak-kanak. Dengan itu tahap perkembangan emosi kanak-kanak tersebut berkait dengan persekitaran sosialnya. Dari modul JKM, definasi perkembangan sosio-emosi adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta member tindakbalas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan.

Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak, tingkahlaku yang negatifseperti bergaduh, menggigit dan mengasingkan diri. Manakala tingkahlaku yang positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut peraturan. Perkembangan sosio-emosi yang sihat amat diperlukan untuk membantu kearah melahirkan genarasi yang sihat.



Bagaimana??? Kalau ada cadangan harap dapat berkongsi.

Monday, June 15, 2009

Pembentukan Konsep - konsep masa sebagai contoh


Konsep merupakan idea asas yang diperlukan dalam pemikiran logik. Rangsangan yang menarik perhatian selalunya ditentukan jenisnya menurut pengalaman yang sedia ada. Penyusunan benda atau idea yang sama akan membawa kepada pembentukan konsep dan kefahaman.

Bagi kanak-kanak membentuk konsep biasanya melalui permainan dan pengalamannya. Kanak mengenali konsep masa dengan apa yang berlaku dipersekitarannya.

Disini saya ingin menunjukan salah satu cara kanak-kanak mendapat tahu konsep laju dan perlahan dan perbezaan permukaan. Dalam permainan ini, objektifnya ialah untuk menggalakkan kanak-kanak untuk membezakan laju dan perlahan pada permukaan bercerun dan rata.

Beri peluang kanak-kanak ini bermain dan memikirkan apa yang boleh dibuatnya. Biar mereka mencuba apa-apa bahan yang di jumpai untuk memastikan benda-benda itu bergerak.

Apabila kanak-kanak mengenali sesuatu, ia akan menilaikannya, mempertimbangkan dan membuat tanggapan mengikut pengalamannya.

Kemahiran berfikir dan berbicara adalah sungguh mustahak kerana ia menyumbang kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempelajari lebih melalui aktiviti yang melibatkan pemikiran dan penyelesaian masalah.
Ibu bapa atau orang dewasa dapat menyokong perkembangan kognitif pada kanak-kanak dengan memahami kebolehan dan kesediaan seseorang kanak-kanak itu dan dengan memberi rangsangan yang berpatutan.



Thursday, June 11, 2009

Perkembangan kognitif kanak-kanak

Biasanya bila disebut pembelajaran , orang akan memperkatakan tentang pencapaian yang dapat di lakukan oleh seseorang kanak-kanak itu. Pencapaian-pencapaian seperti berjalan, bercakap, membaca, menulis dan operasi matematik. Sememangnya keupayaan, sikap dan pengetahuan dapat dari proses pembelajaran tetapi pembelajaran sebenarnya bukan ini sahaja. Pengalaman, tanggapan (perception), emosi, perhubungan interpersonal dan berbagai lagi adalah juga satu pembelajaran.
Semasa bayi lagi, perkembangan kognitif telah bermula. Perkembangan kognitif meliputi persepsi, pemikiran, perbicaraan, pembentukan konsep, ingatan, penyelesaian masalah, tumpuan, perhatian dan pelbagai fungsi mental.

Semua aspek perkembangan adalah saling berkait, namun terdapat hubungan yang erat antara perkembangan kognitif dan bahasa, kerana masing-masing mempengaruhi yang lain secara langsung. Contohnya; perkembangan bahasa membolehkan kanak-kanak membentuk konsep dan menyelesaikan masalah.
Tanggapan (Perception)Rangsangan dari luar yang diterima oleh pancaindera adalah dibawa menerusi uratsaraf terus ke otak. Ransangan-ransangan ini akan menjadi dasar pengalaman kepada kanak-kanak itu. Ransangan-ransangan yang menarik perhatian akan ditafsir dan member makna berdasarkan pengalaman sedia ada. Diringkaskan menjadi begini; rangsangan (katakana seekor kucing) diterima (gambaran diterima melalui anak mata) pergi terus keotak dan menyusun da mengkelaskannya(membezakan kucing itu dari kumpulan mana; manusia, rumpt, binatang dan pokok) mengingat kembali (ingatanmengenai binatang lain) membuat pengkelasan (kucing, binatang, baik) dan member tindakan (kanak-kanak akan mendekati dan membelai atau mendukung kucing tersebut).















Pembentukan konsep

Pemikiran logik adalah diasaskan oleh sesuatu konsep. Rangsangan yang menarik berhatiannya bergantung kepada pengalamannya. Semakin membesar bayi itu, sudah mula pandai mengkelaskan benda-benda yang diamati seperti bernyawa dan tidak bernyawa, pokok, binatang dan sebagainya. Penyusunan kumpulan ini membawa kepada pembentukan konsep dan kefahamannya. Melalui permanianan pengasuh yang mendidiknya telah boleh membuat aktiviti-aktiviti untuk menambah pembentukan konsep kanak-kanakl tersebut. Aktiviti-aktiviti ini sangat penting dan mustahak kerana ia mnyumbang kepada kemahiran pra-matematik dan pra-bacaan.

Wednesday, June 3, 2009

Kanak-kanak dan permainan

Perkembangan kanak-kanak yang paling penting sekali adalah melalui permainan. Permainan adalah satu proses dimana kanak-kanak tersebut akan menempuh berbagai cabaran. Kanak-kanak terpaksa menggunakan kebijaksanaan yang ada pada mereka untuk menempuh segala cabaran itu. Kebijaksanaan ini pula didapati dari apa yang telah dilihat dan dilaluinya. Disinilah mereka mendapat pengalaman dan proses pembelajaran berlaku.
Sejak dilahirkan setiap kanak-kanak ingin bergerak bebas, ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu. Mereka cuba mempelajari dan memahami konsep, isu dan masaalah persekitaran mereka. Sememangnya naluri bermain ada pada mereka. Naluri bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman kreatif yang membina persekitaran yang sesuai untuk perkembangan fizikal, mental dan social yang sihat. Berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreativiti dan kebebasan dapat mencurahkan perasaa dan idea untuk memberi keseronokan dan kepuasan.

Kajian telah membuktikan bermain kepada kanak-kanak akan memberangsangkan otak dan badan mereka. Ia juga satu cara pembelajaran yang sangat berkesan. Kemahiran kreativiti dan imaginasi akan terbentuk bersama social, emosi dan fizikal.
Ada beberapa ciri-ciri sesuatu aktiviti itu boleh dianggap sebagai permainanan, umpamanya:
· Ia tidak dirancang atau diarah. Ia adalah satu pilihan bebas kanak-kanak tersebut.
· Kanak-kanak dapat merasa keseronokan dan kegembiraan.
· Ia terhasil dari motivasi dalaman kanak-kanak itu sendiri, bukan kerana hadiah yang bakal dimiliki atau dimenangi.
· Dari imaginasi terhasilnya ciptaan yang memberikan pengalaman yang tiada nilainya.
· Mewujudkan minat dan komitmen kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian.


Permainan pada kanak-kanak juga adalah satu cara terapi yang sangat penting. Misalnya, melalui permainan telah dapat menyelesaikan banyak isu-isu antaranya, berat mulut, susah untukmendapat kawan, memulihkan trauma bagi kes-kes penderaan dan masalah emosi.











Permaianan yang terbaik adalah permaianan yang dibuat sendiri bersama-sama anak-anak agar dapat merangsang imaginasi dan kreativiti mereka.





Tuesday, June 2, 2009

Tak habis-habis berkursus

Semasa pengajian semester lalu hampir tamat, aku mengikuti kursus KAAK, bagi mendapat sijil yang diperlukan oleh JKM untuk meluluskan lesen pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-kanak. Kursus sudah, latihan amali pun tinggal satu tempat lagi. Latihan amali ini penting, ada tujuh, yang tinggal lagi ialah perkembangan sosio emosi kanak-kanak, kegiatan kreatif untuk kanak-kanak dan cerita dan nyanyian. Latihan amali ini terdiri dari dua method; lima ujian amali secara individu dan dua lagi secara kumpulan. Selesai ujian amali, peserta terpaksa menghadiri ujian bertulis selama tiga jam. Ianya akan diadakan pada 25hb June 2009 ini. (Siap kau). Sekiranya gagal dalam ujian-ujian ini, bagi mendapatkan sijil, terpaksalah mengulanginya….(duit tu!)

Dalam bersiap menghadapi ujian bertulis kursus ini, akau terpaksa berhadapan dengan persiapan untuk menyiapkan mid term exam dan dua assignment untuk pengajian yang sedang aku ikuti di OUM. (Tabahkan hati mu…, niat baik Allah bantu… kene usaha juga!) Salah satu assignment yang mencabar bagi aku ialah berkenaan Jenayah di Malaysia, dan bagaimana untuk megurangkannya. Bukan lah susah kerana susah sangat, susah sikit, kerana kena tulis lapurannya dalam Bahasa Inggeris, lapan ke sepuluh muka surat, lepas tu kena buat presentation dalam BI selama 10 min(guna power point) tidak dibenarkan baca. Tidak jadi masaalah pada orang yang mempunyai pendidikan Inggeris, tapi aku dah setengah abad cakap melayu…. Berat juga la. Ada sesiapa boleh tolong?….. ada 10 hari je lagi dari hari ini.

Tak pe…… Bagi aku “ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM” akan ku lakukan yang terbaik.
“BELAKANG PARANG KALAU DIASAH MENJADI TAJAM” inikan pulak aku manusia yang berakal.
WISH ME LUCK