Monday, April 27, 2009

Sepanjang minggu lalu

Bermula dengan pagi tadi, Isnin, aku terlihat Aniq telah menunjukkan "the milestone" nya. Ia telah mula hendak merangkak. Lihatlah gambar-gambar ini, dengan perlahan-lahan gerakkannya, naik jatuh akhirnya......







Aniq berjaya mengangkatkan perutnya dan mula merangkak.
Hari Ahad, semalam, adalah hari terakhir, peperiksaan akhir semester Januari 09, bagi kami penuntut OUM. Hah! leganya rasa, setelah beberapa minggu membuat persediaan, sedikit tension le...
Inilah langkah-langkah terakhir menuju kebilik peperiksaan. Bersemangat ke lesu...
Sempat juga ambil gambar untuk me'release'kan tension.
Tengok tu, gambar ini diambil pada hari Jumaat lalu. dalam semua telah bersiap sedia untuk balik, Hakim bermain dengan Jeeha, sayangnya adik tu. Macam budak penyayang je!!!

Hakim nak adik ke? Nanti balik tanya mama ye!
Hakim minat dengan Jeeha ke?, tu kena tanya mak Jeeha tau..

Lama dah tak cerita pasal Jeehah cucuku. Oleh kerana Wan pun sibuk dengan hal-hal dunia, hari -hari bawa Jeeha berjalan pergi taska tapi tak perasanpun... tiba-tiba Jeehah dah besar.
Wan pun makin tua, 'what' dah tua!!!!, alamak,..... makanya, wan takut tak perasan Jeehah membesar. Wan pun teringatla nak ambil gambar Jeeha dengan beberapa gaya senyuman. Manis senyuman cucu Wan kan...

Jeehah dah bersiap sedia untuk pulang bersama wan, selepas sehari suntuk kat taska...

Ini adalah waktu makan malam (petang) di taska. Sebelum makan kene baca doa ya!

"Rumah Cik Siti ditepi sawah, memakai langsir berwarna merah, bila nak makan baca Bismillah, bila dah kenyang... burpp!!!... Alhamdulillah
Adik kecil pun kene baca doa, tau...
Sebelum tu, basuh tangan dulu. "Ok, everybody line up!!!"

Abang besar ni dah basuh tangan ke? baca doa dulu baru makan tau..
Kakak dah makan!.. baca doa tak?.. Inilah Edah, anak bungsuku. Minggu yang lalu dapat balik umah tapi mood tak baik je. Maka untuk menggembirakannya, papa pun belanja makan kat luar, Edah pilihlah nak makan apa?? papa bayar je...... iye ke, apa lagi....
Inilah ceritaku sepanjang satu minggu lalu

Saturday, April 18, 2009

Terpaksa menghadiri Kursus


Untuk menjadi seorang pengusaha Taska atau Pusat Asuhan, salah satu dari syarat yang dikehendaki oleh JKM ialah mesti mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, KAAK. Banyak agensi yang mengadakan kursus ini anjuran bersama JKM. Aku telah memilih untuk mengikuti kursus ini dengan Kreatif Partners, kerana aku telah mengenali Pn Normah Wahab, salah seorang daripada empunya-nya. Inilah puan Normah, sedang menyampaikan taklimat Kursus kepada peserta.

Ini Pn Rozina Dato Ali, salah seorang dari penceramah dan partners Pn Normah.
Kursus ini mempunyai 28 modul, dan selama selama 16 hari dan 3 hari exam.

Oleh kerana mengambil masa yang panjang, aku memilih untuk menghadiri kursus ini pada hujung minggu. Habis la
masa rehat ku. Apakan daya, ini je masa yang ada, walaupun berselisih dengan semester exam, OUM. Ku tempuh juga.... Oh yo, wan, boleh ke!, tak penat ke?...

Ini adalah peserta-peserta yang menghadiri kursus ini.


Hai Suria, mengantuk nampak, boring ke...
Hai kawan2, hati-hati, anda diperhatikan... anda tidur?, gambar anda diambil untuk ditayangkan..... jangan marah!!!!
Ini Pn. Jessrine Liew, memberi penerangan berkenaan memilih dan menyediakan peralatan Kegiatan Luar dan Dalam di Taska.








Ok lah dulu, coretan ku menggu ini. Nak prepare untuk exam lak....



Balqis melangkah ke usia pertengahan pra-operasi

Pada 17th April, 2009, Nur Ameera Balqis bt Muslim, genap 4 tahun usianya. Tapi hari ini dia kurang sihat kerana sakit mata. Tengok wajahnya, cuba nak gembira, tapi matanya menghalang. Walau apa pun, kita masih mahu menggembirakannya.
Selamat hari jadi, sayang! Lama dah kawan nyanyi, cepat tiup lilin tu..
Besar keknya. Mama belikan yang ada gambar kartun Winnie.
Cantiknya! kata kawan-kawan, warna pink lagi. Ok lepas potong nanti boleh bagi kawan-kawan ya!
Bergambar bersama kawan-kawan dan teachers.
Teacher Ina menyampaikan hadiah dari Tadika Anugerah Cemerlang untuk Balqis.
Bergambar bersama adiknya, Nur Addlena Sofea. Macam kembar je!

Nah! jajan ni dari Baqis untuk kawan-kawan.







Kawan-kawan cakap apa?
Terima kasih, Balqis.
Ada apa dalam tu, ya. Aqil tak sabar nak buka.
Seronoknya jadi kanak-kanak.

Alamak! Teacher hanam tak dapat ke?




Friday, April 10, 2009

Cantik gigi saya kan...

Dalam kepenatan setelah lakukan aktiviti jasmani bersama anak-anak didik di Tadika Anugerah Cemerlang, Putra Perdana, Cluster 7, tiba-tiba muncul cik-cik misi yang cantik-cantik ni. Mereka datang ni nak cerita pasal gigi dengan anak-anak ini. Tapi tahun ni mereka datang tanpa memberitahu terlebih dahulu, jadi tak sempat la nak buat persediaan. Walaupun begitu mereka ni cekap la. Tak boring budak-budak ni, seronok je. Ada sessi lakunan lagi. Begini lah cara yang baik untuk mendidik anak-anak kecil ni. Terima Kasih ya misi-misi, melopong budak-budak ni dengar! Tahun depan datang lagi ya!

Kusyuknya anak-anak ni dengar

Tengok! Cik misi pun pandai cerita.

Yang kecil pu kena belajar juga





Sarah dan Kamalia sedang memeriksa gigi mereka





















Ambil berus, letak ubat atasnya. gosok kat gigi. Gigi sapa? Hahaha, gigi giant?, pandai anak-anak ni






















Ok, kita dah ada pesakit, doktor pun dah jadi ni!







Pandai le, inilah dia Dr Hakimi.




Ini gigi siapa? Apa dah jadi, alamak!! pagar dah banyak bocor.











Alamak doktor, gigi doktor pun dah hilang, juga?





AThirah, pagar atas dah tumbang ke?







Pagar bawah pun dah goyang











Jangan makan gula-gula selalu ya, cantik dah tu!












Inilah rupa gigi anak-anak kita kalau selalu dijaga giginya.