Friday, February 27, 2009

Patut kah?.....






Dari simpang kajang masuk Silk Highway menuju Putra Jaya, 7. 40 am










Dari Silk Highway masuk ke Putra Jaya Highway, 7.55 am




Risaunye, dah lama dalam kereta, nasib baik Jeehah tidur je, deman, mak nye dah diberi ubat selsema, so kurang le gangguan.








Perjalanan masih jauh, beginilah kalau pagi-pagi dah hujan.





8.02 am, simpang ke Putra Jaya dah lengang, orang dah mula kerja...kakakku mesti dah mengadap komputernye.






dah sampai melepasi simpang Putra Jaya, jalan dah lengang, boleh pecut!!.. berani ke aku? ... hanya sekadar 120km/h je.



Dah le jem, dengar dalam radio, tol nak naik lagi!!!!

Sekarang je, nak jimatkan masa selama 2 jam, aku terpaksa berkorban pada tol sebanyak RM 7.00 sehari. Bayangkan tol naik lagi....... Ayo yoo!!!

Tengok keadaan ini... patut ke tol naik lagi.... orang dah ramai kehilangan pekerjaan. Fikir lah sendiri.
OK bye.

Thursday, February 26, 2009

Inilah hadiah buat mu, Syakirah

Hi Syakira,
Happy birthday to you, maaf ya!, teacher lambat memberi ucapan, sibuk dengan berbagai hal. Any way, sekali lagi teacher ucapakan, SELAMAT HARI JADI, dah 11 tahun anak didik teacher ni. Dah besar panjang, dah jadi anak dara sunti. Take care, sekarang ni didunia ada macam-macam. Ingat pada mak, ingat pada ayah. Ingat pada Allah. OK.
Tengok tu, ayunya anak Suhaili ni.

Ini lah Nur Syakirah Jaharudin. Anak Sulong kepada pasangan Jaharudin dan Suhaili., Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putra Perdana, dan sekarang belajar di darjah 5. Bertanggung jawab orang, rajin bantu emak, pandai jaga adik-adik. Selalu juga tolong teachers kat TASKA. Terima kasih, Syakirah..
Ini gambar Syakirah masa belajar kat Tadika, TADIKA ANUGERAH CEMERLANG, tu la sebabnya Syakirah suka tolong mak, dia dah belajar kat tadika, kah..kah..kah.. Dia dah timba ilmu dari tadika..emmm


Ini gambar dia 5 tahun dulu dengan kawan-kawan pergi melawat Taman Burung, cuba cari mana dia?




Tengok adik dia Armin Syaril pun rajin tolong teacher. Pandai dia menyusukan Aniq, tu bukan adik dia, tapi perihatin dia dengan adik kecil tu, terus memujuk adik kecil tu dengan susu. Inilah nilai-nilai murni yang kita terapkan di Taska ini. Perbezaan umur dan membesar bersama akan mendidik anak-anak ini sebagai satu keluarga, tolong-menolong dan berkasih sayang. Gaduh ada juga, lepas tu baik balik. Semua macam adik beradik.



Monday, February 23, 2009

Hari berkumpul bersama anak-anak

Hari minggu adalah hari keluarga. Sabtu dan Ahad, anak-anak ku yang ada disini, balik kerumah. Zahidah, anak bungsu pulang dari asrama, Zaireena yang telah mempunyai keluarga sendiri juga pulang kerumah bersama suami dan anaknya.

Pagi tu aku terpaksa ke kuliah tutorial pulak, tutor talipon beritau kelas ganti di buat pada hari Sabtu, bukan Ahad. Kemudian ke Tadika pula membuat sedikit kerja-kerja maintenance. Dah petang baru balik. Kesian Zaim dan Edah, kena tolong mama, tak pe dah bagi upah Ice cream!!!

Walaupun mereka ada dirumah malam Sabtu, aku terpaksa ke Kajang pula, menempah cermin mata untuk Edah, Cermin matanya dah hilang.. Pelik la, orang cermin mata sentiasa dimata, tapi dia ni… entahlah, tu la sebabnya, hilang cermin mata tu. Perasaan tak cantik kot, kalau pakai cermin mata, ha ha ha.

Pagi Ahad pulak, suamiku pula bergegas kekuliahnya. Alamak, terpaksa la pergi pasar sendiri. Hari ini lagi sibuk, keluar masuk rumah je. Tapi sempat juga makan tengahari bersama anak-anak, tapi ayah mereka tidak dapat bersama. Kesian Ika, jauh diperantuan, makan apa hari ini, Ika?, makan roti je ke?

Lewat petang suami ku pulang dan kami menghantar Edah kembali ke asrama. Mak datok, penuhnya kereta kat asrama ni. Begini la kalau lewat hantar. Semua ibubapa akan menghantar anak pulang keasrama selewat mungkin. Ya lah! Semua ibubapa nak bersama-sama anak selewat mungkin. Begitu lah………..


Inilah Edah dengan cermin mata barunya.







Penuh parking, nak cari tempat letak kereta pun susah.

Thursday, February 19, 2009

Sayang Syameel, sayang semua .... anak-anak didik ku





























19th February, adalah hari jadi Syameel Mukhriz yang ke 5,. Kami di tadika meyambut hari jadi Syameel bersama-sama kawan-kawannya. Bapanya, En. Muhammad Rusli turut hadir, untuk memeriahkan suasana. Ibunya Pn. Noraida ingin bersama, tetapi kerana tugas, tidak dapat hadir bersama. Kawan-kawan Syameel merasa sangat seronok kerana dapat jajan pemberian dari Syameel. Begitulah kanak-kanak. SELAMAT HARI JADI SYAMEEL!!

Kanak-kanak mahukan kita mengetahui akan kehadirannya. Mereka memerlukan kasih sayang, kata-kata manis seperti pujian. Mereka memerlukan sokongan moral dan galakan dari orang dewasa terutama ibubapa serta keluarga. Mereka akan merasa sangat berguna dan bangga yang kehadiran mereka dihargai. Ini akan membuat mereka lebih berkeyakinan terhadap diri mereka.



Childhood should be a journey, not a race.


Kanak-kanak mahukan kita mengetahui akan kehadirannya. Mereka memerlukan kasih sayang, kata-kata manis seperti pujian. Mereka memerlukan sokongan moral dan galakan dari orang dewasa terutama ibubapa serta keluarga. Mereka akan merasa sangat berguna dan bangga yang kehadiran mereka dihargai. Ini akan membuat mereka lebih berkeyakinan terhadap diri mereka.
Sebagai orang dewasa, kita janganlah memarahi anak tanpa periksa, tengok dulu, apa dan mengapa. Beri mereka ruang untuk membela diri. Beri penerangan dengan bahasa yang mudah. Anak-anak kecil juga tahu erti MALU

Sunday, February 15, 2009

Hari-hari yang berlalu....


Setelah 3 hari Ika tinggal di negeri orang, kita orang disini kembali pada aktiviti normal, malangnya akupun dapat kembali sakit lamaku, gastric, aduh!!! Betul-betul terseksa.

Ia bermula pada jumaat lalu, hingga kini belum sembuh, macam mana nak sembuh, makan apa aje yang terjumpa, maklumlah hujung minggu.

Hari sabtu, tiada apa-apa urusan penting, kami sekeluarga yang tinggal bertiga ni, mengambil kesempatan pergi melawat Zura, anak kepada kakak suami ku, Jamilah, yang telah mendapat cahaya mata yang pertama, sebulan lalu Si-comel ni, diberi nama SARA. Baru hari ini kami berkesempatan menziarahnya. Maaf ya...

Sara, selamat datang ke dunia yang penuh dugaan ini

Sara dan Jeehah yang jarak kelahiran cuma 3 minggu tapi berlainan tahun. Wahai emak dan ayah, didiklah anak-anakmu untuk mereka menghadapi dunia mereka.
Habis satu hari, malamnya pula kami berdua aje, pergi kemajlis perkahwinan Nurulnahdia Asikin bt Hj Hasan dengan pilihan hatinya Jasriza b Hj Johar, anak perempuan kepada sepupu suamiku di Grand Season Hotel. ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’ kami ucapkan dan berbahagialah sampai keakhir hayat, amin!.
Begitulah, kini generasi kedua telah dewasa, yang kahwin, yang beranak dan seterusnya. ……. Apa akan berlaku pada tahun 2012… sila cari di intertnet “nibiru” ... Betul ke? Hanya Allah jua yang mengentahui.
Hari ini, Ahad, seawal jam 7.15 pagi, aku terpaksa memandu ke Shah Alam, tutorial akan bermula jam 8 pagi, mengenangkan sakitku belum pulih, dan masa makan terhad, aku singgah di kedai mamak, makan roti canai. Perut oh perut… aku makan apa saja….
Sakit ku menjadi-jadi, nasib baik satu dari 3 tutorial dibatalkan, dapatlah aku sampai kerumah seawal jam 2 petang. Balik berehat, jam 6 petang, teringat janjiku untuk bertemu anakku Edah di asrama, Sekolah Agama bt 10, Jln Cheras. Kelam kabut lagi, maaf Edah, mama tak sempat nak bekalkan apa-apa, cuma biskut dan pek air milo kegemaran mu.
Besok, Isnin, kembali semula kepada jadual harian. Begitulah setiap minggu. Sampailah bila???...
kepada anak ku Reena, Selamat kembali bertugas di Hospital Selayang. Setelah bercuti panjang, merehatkan diri selepas menjadi ibu. Bertugas lah atas nama Allah, semoga Dia selalu memberi petunjuk, amin!!.



Thursday, February 12, 2009

Dah besar anak-anak mak















Happy Birthday to you, Azim!

Happy Birthday to you Syasya!,


Dah besar anak-anak Teacher! Belajar dan berusahalah bersungguh-sungguh. Kalau suka belajar, teacher pun suka mengajar.
Teacher doakan bila besar nanti, jadilah pemimpin yang bertaqwa, ok?



Selamat berangkat ke Perth, Ika. Mama, papa, kak Ina dan suami, Nazrul, serta Jeehah dan adik Zaim dan Edah, mendoakan yang terbaik untuk Ika, berusahalah untuk mendapatkan apa yang diingini. Jangan lupa pada yang maha kuasa, Allah, walau bagaimana susahpun kita, Dia tetap sayangkan kita, berdoalah selalu kepadanya. (Last night mama tak boleh nangis, coz xde air mata, sebab tu doktor suruh guna selalu Artificial eyedrop, he, he he uuups!)

Pandai-pandai lah membawa diri dinegeri orang. Jangan lupa pada keluarga di sini.

Sunday, February 8, 2009

Penat dan Gembira

Jeeha: Kenapa aku di shoalin kan..... ooh,noo!!!

Sesuatu yang tak di jangka, Terima kasih

Jeeha: Terima kasih ninda mahtra

PENAT!! PENAT, PENAT!!!

Memang penat sungguh hari ni, naba tak nye, aktiviti dari petang semalam sampai la setengah jam yang lalu, baru dapat berehat kat umah. Aduh!! Nak buat macam mana, nak tak nak terpaksa menemankan anak ku Zalikha membeli-belah barangan keperluannya, kasut, baju, beg, entah apa2 lagi gajet2 yang dia nak untuk berangkat ke Australia selama 2 tahun. Itu je dah tiga setengah jam kat shopping complex.

Sebelum tu lepas je breakfast, bersiap dan bertolak ke Merbau Sempak, pergi ke rumah besanku, kerana hari ini Jeehah akan digondolkan. He he he.


Sebelum tu ada majlis marhaban, tapi sayangnya kami sekeluarga terlambat sampai, majlis dah hampir habis. Sesekali pergi, sesat barat le. Menambahkan lambat lagi.

Sesebelum sebelum tu lagi, sampai kat umah malam tadi melepasi 12.30 am. Dah lambat masuk tidur. Maklumle, jumpa adik beradik sempena majlis hari jadi, macam-macam cerita, macam-macam gossip. Masa ni juga Zalikha ingin mengambil kesempatan memohon maaf dan bersalaman dengan kaum kerabatnya, sepupu-sepupunya, mak cik2nya, ada juga le air mata keluar.

Macamana pun majlis tetap gembira, dan aku mengambil kesempatan mengucapkan:


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

HAPPY BIRTHDAY TO semua, kakak, adik-adik dan anak-anak saudara yang dilahirkan pada February ini.
Ha..hah..ha.. bertambah usia, bertambah tanggungjawab dan bertambah rezeki,,, semoga
Allah memberkati dan melimpahkan rezeki mu.

Bagaimanpun aku mengucapkan ribuan terima kasih, TERIMA KASIH!!!! Aku hanya dapat mengucapkan dan mendoakan selamat panjang umur, jauhi dari bala dan murah rezeki, Ati kakakku dan MAWA, adikku, mana laili adik ku yang tak kunjung tiba, tiada hadiah dari ku, tapi yang bestnya, orang punya birthday, aku yang dapat emas! (^_^ ) Terima kasih sekali lagi, MAWA, atas cicin emas yang diberi, emas itu bernilai, keikhlasan itu lebih bernilai disisi Allah, semoga Ia memberkati mu, Amin…

A yo!, bertuah cucu ku, dia juga dapat rezeki, terima kasih kepada nindanya, mak ndak (adik iparku, Raja Mahtra) terima kasih banyak-banyak, semoga Allah juga melimpahkan rezekinya kepada kamu sekeluarga, Amin.

Walau apa pun, ingatlah, kita berada didunia ini dengan penuh selesa dan derita. Beri dan curahkan kasih saying kita terutama kepada orang yang membawa kita kedunia ini, itulah ibu kita. Berkali-kali kita menyambut hari jadi, teringat tak kita pada orang yang membawa kita kedunia ini. Berterima kasih tak kita kepada dia?? AKU JUGA LUPA!!Bila menyambut hari jadi, aku hanya mengingati, SIAPA YANG AKAN MENGINGATINYA. Kepada ibuku, SITI HABSAH BT SUJAK, maafkan aku!!!.

















Wednesday, February 4, 2009

Bermulalah perjalanan hidupmu....

jeehah enaknye bermimpi...




Jeehah oh Jeehah!!

Bermulalah perjalanan hidupmu ....

Hari ini telah masuk hari keempat Jeehah mengikut neneknya (yang mahu dipanggil “Wan”) ke Taska dimana Wan nya bekerja.

Tiap-tiap pagi, Wan akan menunggu Jeehah, yang dihantar oleh ‘abah’nya, dari Ampang Hilir kerumah Wan, di Bt 9, Jalan Cheras.

Kemudian tukar kereta, naik kereta Wan menuju ke Putra Perdana, Puchong, tempat wan kerja. Inilah sekolah Jeehah dan inilah hidup Jeehah untuk sementara ini. Berapa lama? Ha! ha! ha! tak tahulah, tengoklah selagi umi nya tak komplen… kot.

Begitulah hidup umi nya dulu, sebaya umur Jeehah, duduk dengan neneknya di Raub, Pahang, untuk menemankan datuknya yang kena strok. Bila nenek keluar pergi pasar, atau kekedai, maka dibawalah akan cucunya itu. Dulu-dulu tak canggih macam kini, neneknya meletakkan cucunya didalam besen mandian dan diletakkan dikerusi hadapan je. Tapi kini, tengoklah si Jeehhah tu!!! Bukan main selesa lagi (anak zaman sekarang…)

Hem!!! Memanglah, anak-anak zaman yang serba canggih ini, memang begini, kalau tak duduk dengan nenek, hantar ke Taska la… ataupun dijaga oleh bibik-bibik. Wahai mak-mak, pilihlah yang mana berkenan.

Mak zaman sekarang berpelajaran, menabur jasa disamping mencari rezeki. Hantar anak-anak ke Taska, memanjangkan rezkinya kepada orang lain juga. Itu lah yang menggerakkan ekonomi Negara. Ha..ha..ha.

Harapan Wan, dalam kereta, Jeehah mesti behave, tau. Kecoh Wan, nanti. Jauh nak jalan ni.

Tak pe, bak kata orang tua-tua, ‘Jauh berjalan banyak pengalaman’, mudahan-mudahan… Amin.